MALAYSIA
ACSS15 perkukuh dialog strategik antara ahli statistik dan pembuat dasar ASEAN
Dr Mohd Uzir berkata forum itu membolehkan Negara Anggota ASEAN menilai kemajuan bersama, berkongsi pandangan serta menyelaras usaha selaras dengan agenda pembangunan ASEAN yang lebih luas. - Gambar Bernama
MELAKA: Mesyuarat Sistem Statistik Komuniti ASEAN ke-15 (ACSS15) menjadi platform penting bagi memperkukuh dialog strategik antara ahli statistik dan pembuat dasar, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Ringkasan AI
Berucap pada Sesi Terbuka ACSS15, beliau berkata forum itu membolehkan Negara Anggota ASEAN menilai kemajuan bersama, berkongsi pandangan serta menyelaras usaha selaras dengan agenda pembangunan ASEAN yang lebih luas, termasuk Wawasan Komuniti ASEAN 2025 dan Pelan Strategik Pasca-2025.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ACSS telah berkembang menjadi enjin dinamik kerjasama serantau. Kita telah memperkukuh jalinan dengan badan sektoral ASEAN, organisasi antarabangsa dan rakan pembangunan bagi meningkatkan kualiti statistik, memupuk inovasi dan mempertingkat kebolehsalingan data.
"Kerjasama ini telah menghasilkan pertukaran data yang lebih cekap, penyelarasan metodologi serta pelaksanaan usaha pembangunan keupayaan yang lebih tersusun di seluruh negara anggota," katanya dalam ucapan alu-aluan ACSS15.
Program lima hari bertemakan "Advancing ASEAN Through Inclusive Data and Innovation," itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pemantauan Integrasi ASEAN, Bahagian Statistik ASEAN (ASEANStats), Sekretariat ASEAN Dr Ahmad Zafarullah Abdul Jalil.
Mohd Uzir turut mengetengahkan beberapa inisiatif bersama seperti Rangka Kerja ASEAN-Help-ASEAN dan program latihan di bawah Akademi Statistik Maya ASEAN (ASVA) sebagai bukti jelas komitmen rantau ini untuk merapatkan jurang pembangunan statistik.
Beliau berkata dengan menggabungkan kepakaran dan sumber, semua negara anggota dapat maju bersama ke arah sistem statistik yang lebih harmoni dan berkeupayaan tinggi.
Menurut Mohd Uzir, tema tahun ini mencerminkan aspirasi bersama ASEAN untuk membina ekosistem statistik yang bersedia menghadapi masa depan, menerima transformasi digital, menggalakkan keterangkuman serta memperkukuh perpaduan serantau.
"ACSS15 menyediakan platform penting untuk merangka hala tuju bersama ke arah Komuniti ASEAN yang dipacu data, inklusif dan berdaya tahan," katanya.
Beliau menambah bahawa agenda ACSS15 memberi tumpuan kepada penilaian hasil Sidang Kemuncak dan Mesyuarat Menteri ASEAN yang terkini, penerimaan Pelan Tindakan ACSS 2026-2030, pemantauan serta penilaian penunjuk prestasi utama, dan kemas kini terhadap Program Kerja Tahunan 2026 dan 2027.
Beliau turut menekankan bahawa pembentangan negara, laporan kumpulan kerja serta penglibatan dengan inisiatif statistik global akan menyerlahkan kemajuan dalam penyelarasan data, pembangunan keupayaan dan integrasi sumber data baharu seperti data raya dan analitik georuang.
"Perbincangan dan inisiatif ini memastikan statistik ASEAN kekal relevan, setara dan berimpak dalam menyokong pembuatan dasar berasaskan bukti di seluruh rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mesyuarat Sistem Statistik Komuniti ASEAN ke-15 (ACSS15) menjadi platform penting bagi ahli statistik dan pembuat dasar memperkukuh dialog strategik serta menilai kemajuan bersama untuk menyokong agenda pembangunan ASEAN.
- ACSS15 memperkukuh kerjasama serantau dengan badan sektoral ASEAN dan rakan pembangunan, menghasilkan pertukaran data yang cekap, penyelarasan metodologi, dan pembangunan kebolehsalingan data di seluruh negara anggota.
- Agenda ACSS15 menekankan penilaian hasil Sidang Kemuncak dan Mesyuarat Menteri ASEAN terkini, penerimaan Pelan Tindakan ACSS 2026-2030, serta integrasi sumber data baharu seperti data raya dan analitik georuang untuk menyokong pembuatan dasar berasaskan bukti di rantau ASEAN.