Astro Publication
Wed Aug 13 2014
Tidak lama lagi Sime Darby Auto Connexion (SDAC), wakil rasmi Ford di Malaysia, akan melancarkan model EcoSport, SUV urban kompak paling baharu daripada mereka. Majlis pelancarannya bakal diadakan pada 26 Ogos nanti, tetapi mereka yang berminat memang sudah boleh melihat model ini di dalam semua bilik pameran Ford seluruh negara.
Tambahan lagi, anda juga boleh memandu uji model (ditawarkan dalam dua trim: Trend dan Titanium) ini dengan hanya mendapatkan slot yang sesuai daripada wakil SDAC di bilik pameran.
Bahkan, pihak SDAC turut memberikan anggaran mengenai harga SUV kompak ini, iaitu dari RM95,888 sehingga RM104,888 seunit (anggaran untuk Semenanjung Malaysia sahaja).
500 pelanggan pertama yang membuat tempahan pra-pelancaran akan menerima peranti GPS bernilai RM799, ketika kereta dihantar kepada mereka, selepas majlis pelancaran rasmi tamat.
Model global ini dipasang di Thailand dan, sepertimana kereta dan SUV yang lain daripada Ford, dilengkapkan dengan teknologi Ford SYNC. Selain dari itu, ia turut datang dengan kemasukan kunci pintar dan Electronic Stability Program untuk keselamatan penumpang.
Mari kita lihat secara lebih khusus (walaupun tak lah terlalu terperinci) mengenai EcoSport ini. Ia menggunakan enjin turbo dengan kapasiti 1498cc untuk menghasilkan 108hp dan 142Nm tork. Transmisi pula adalah jenis klack berkembar Powershift 6-kelajuan.
Walaupun EcoSport mempunyai luas yang cukup untuk 5 orang penumpang, saiznya tidak terlalu besar. Ruang kargo di belakang juga sekadar 362 liter, tetapi boleh dibesarkan dengan melipat kerusi barisan kedua.
Brek belakang menggunakan dram, manakala suspensi belakang adalah jenis torsion beam.
Perbezaan antara varian Trend dan Titanium antara lain dapat dilihat dari fizikalnya; Titanium dilengkapi dengan sunroof manakala Trend pula tidak. Versi Tianium juga menggunakan sistem pendingin udara kawalan automatik dan kerusi dibalut kulit, berbeza dengan Trend yang dipasang pendingin udara kawalan manual dan kerusi kemasan fabrik.
Meskipun keduanya mengekalkan sistem keselamatan secara elektronik yang sama (ESP, ABS dan Hill Launch Assist), variasi yang mahal (Titanium) dipasang dengan 7 beg udara berbanding dengan Trend yang datang dengan hanya 2.
Apa-apa pun kita tunggu sehingga ia dilancarkan untuk mengetahui sama ada harganya tepat seperti anggaran yang SDAC berikan. Sementara itu, anda boleh melihat sendiri Ford EcoSport ini di bilik-bilik pameran Ford di seluruh Malaysia.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Kompak dan menarik: Ford EcoSport
SUV moden yang datang dengan harga yang kompetitif. Pelan Servis Lanjutan menjadikan ia lebih bermakna
Ada apa dalam bilik pameran Ford?
Kereta Ford la; dan yang terbaru ialah EcoSport. SUV kompak berjiwa besar