Kebanyakan majikan kini berpandangan memiliki segulung ijazah bukan penentu untuk mendapat pekerjaan yang diidamkan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ia sekali gus membuktikan cabaran mencari pekerjaan yang ditanggung graduan akhir-akhir ini.
"Untuk mendapatkan pekerjaan kini memang amat mencabar kerana sekarang ini sudah ada 200,000 pemegang ijazah yang tidak ada pekerjaan sesuai.
"Bagaimanapun ini bukan bermakna majikan tidak melihat ijazah berkenaan, namun ia lebih bergantung kepada kemahuan pemegang ijazah itu sendiri untuk bekerja di jawatan yang mungkin dikira lebih rendah daripada yang sepatutnya.
"Bermakna di sini, kita lebih mengutamakan kemahuan pekerja yang mahu bekerja di jawatan lebih rendah, kita lebih pentingkan pekerja yang masuk di jawatan lebih rendah dan selepas itu memanjat tangga karier mereka supaya mencapai tahap yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Shamsuddin mengulas laporan beberapa agensi berita antarabangsa yang menyatakan bahawa majikan kini mula mengetepikan keperluan ijazah dalam pengambilan pekerja baharu.
Dengan mengambil contoh beberapa syarikat luar negara, laporan itu menyatakan majikan di sana mengambil kira skil individu sebelum mengambil pekerja.
Dalam pada itu, kata Shamsuddin, majikan juga tidak menanggung sebarang risiko seandainya mengambil pekerja yang memegang jawatan lebih rendah daripada kelayakan mereka.
"Majikan akan melihat sama ada mereka mempunyai motivasi atau dedikasi, dan sekiranya pekerja itu memenuhi kehendak serta cita rasa majikan, tahap jawatan mereka akan lebih cepat dinaikkan.
"Bagaimanapun majikan tidak boleh buat apa-apa jika sesuatu jawatan itu memang memerlukan kelayakan ijazah untuk kerjaya mereka," katanya.
Sebelum ini, Shamsuddin menggesa kerajaan agar tidak hanya melihat kepada peratusan pengangguran, tetapi menumpukan kepada siapa yang masih belum mendapat pekerjaan.
Jelasnya, kebimbangan itu dilahirkan berikutan separuh daripada 400,000 orang yang menganggur adalah siswazah lepasan diploma dan ijazah.
Wan Syamsul Amly
Wed Feb 03 2016
SHAMSUDDIN: Ada ijazah bukan lesen untuk dapat kerja. -Gambar fail
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Ada dua ijazah, kuasai tiga bahasa tapi susah dapat kerja
Lohanny berkongsi kisah sedihnya itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya dengan memegang resume.
KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET), di seluruh politeknik di Malaysia.
Memburu PhD dari tirai besi
Tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh sesorang banduan, yang mempunyai iltizam untuk berjaya sekalipun terpisah dari dunia luar.
Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar
Falsafah dan peranan pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu diubah dan diperluaskan.
Ibu bapa sebak terima ijazah Anumerta anak
Tiada ungkapan mampu dilafazkan sepasang suami isteri tatkala menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anak mereka pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia(USM) ke-60
Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO
Konvokesyen kali ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi.
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus.
Bapa dan anak terima skrol serentak pada Majlis Konvokesyen UUM
Dua beranak itu antara 244 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sidang pertama majlis konvokesyen itu hari ini.
UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020.