NATIONAL
Ada kesan darah di bilik, tandas rumah Zayn Rayyan - Pegawai penyiasat
Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyantelah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. - Gambar fail
PETALING JAYA: Pegawai penyiasat kanan kes kehilangan Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa ada kesan darah ditemui di bilik tidur dan tandas di rumah kanak-kanak autistik itu, pada 9.30 malam, 9 Disember 2023.
Ringkasan AI
Asisten Superintenden Mohd Hafizee Ismail, 38, berkata demikian ketika perbicaraan kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal membabitkan Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, saksi pendakwaan ke-28 itu berkata, semasa siasatan di rumah kedua-dua tertuduh, ujian pengesanan darah iaitu proses ‘luminol’ dibuat di beberapa lokasi berkenaan di Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai di sini.
“Selepas menghantar spesimen berkenaan, Jabatan Kimia memaklumkan terdapat tindak balas darah,” katanya yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Pendakwaan: Jadi tuan telah membuat siasatan berkaitan perkara ini?
Mohd Hafizee: Ya, untuk mengesahkan mengapa darah tersebut ada di bilik dan tandas.
Pendakwaan: Apa siasatan lanjut yang kamu buat?
Mohd Hafizee: Saya telah merakam percakapan Ismanira dan dia menyatakan hidung Zayn Rayyan pernah berdarah dan kebiasaannya mangsa akan mencalit hingus berdarah itu di dinding dalam bilik atau mana-mana lokasi di dalam rumah.
Pendakwaan: Baik.
Mohd Hafizee: Selain itu, Ismanira juga menyatakan si mati pernah berdarah terkena pisau cukur di bilik air.
Beliau berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mendapati, darah di bilik air itu merupakan milik Zaim Ikhwan.
Bagaimanapun, saksi ini tidak menjelaskan kepada mahkamah, pemilik darah yang dikesan di bilik tidur berkenaan.
Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian pada anak mereka, di Mahkamah Sesyen di sini.
Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.
Perbicaraan hari ke-17 di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh bersambung Selasa. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Kesan darah ditemui di bilik tidur dan tandas rumah Zayn Rayyan Abdul Matin, kanak-kanak autistik yang meninggal dunia, menurut laporan Jabatan Kimia.
- Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa mengabaikan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal, dan perbicaraan kes ini sedang berlangsung.
- Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengabaian dan kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.