MERSING:Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berasa kesal terdapat majikan yang dikesan menyembunyikan status kesihatan pekerjanya yang positif COVID-19 kerana bimbang tidak dapat menjalankan operasi syarikat sepenuhnya.
Beliau berkata ia adalah amalan atau budaya yang tidak baik terutama dalam situasi negara sedang berperang dengan pandemik berkenaan.
"Saya sudah bagi amaran khususnya kepada syarikat pembuatan dan pembinaan. Ada juga kes positif tetapi (majikan) tidak maklum kepada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana takut mereka tidak dapat beroperasi.
"Saya minta pihak majikan sekiranya ada kes, sila maklumkan kepada pihak KKM (untuk tindakan selanjutnya)," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Labong di sini hari ini.
Terdahulu, Saravanan menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM120,000 daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran serta Talent Corporation Malaysia kepada 320 mangsa daripada 85 keluarga yang terjejas banjir di daerah Mersing.
Ditanya mengenai kebimbangan rakyat tentang pekerjaan mereka setelah ura-ura Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan semula tidak lama lagi, Saravanan berkata kerajaan sedang memikirkan cara terbaik dalam mengekang penularan wabak yang menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini.
"(Apa-apa sahaja langkah diambil kerajaan) tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan daripada semua pihak. Baru-baru ini pun ada pihak persatuan majikan buat pengumuman dan kata tidak sesuai diadakan PKP.
"Kita lihat ada dua krisis (yang berlaku), yang pertama ekonomi akibat adakan PKP dan kedua krisis kesihatan. Kerajaan sedang buat yang terbaik," katanya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas esok mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak akhir-akhir ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Datuk Seri M. Saravanan berasa kesal terdapat majikan yang dikesan menyembunyikan status kesihatan pekerjanya yang positif COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI

Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM10,000 menanti!
Tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah.

Rasuah | Tambah baik undang-undang berkaitan rasuah
Kita bersama Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan UKM bagi penjelasan dan perinciannya.

Siapa di sebalik 'adiwira' Ebit Liew, eksklusif di Astro AWANI malam ini
Eksklusif bersama Ustaz Ebit Liew malam ini bakal menjawab semua persoalan anda.

AWANI Ringkas: Lagi gesaan segerakan sidang Parlimen | KPM arah LPM pantau isu soalan SPM bocor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Perak FC perkenal jersi baharu tajaan syarikat tempatan
Jersi rasmi pasukan The Bos Gaurus ditaja sebuah syarikat tempatan, Kaki Jersi Sdn. Bhd. (KJ).

543 pegawai, anggota bomba Melaka terima suntikan vaksin COVID-19
Program Imunisasi COVID -19 peringkat negeri Melaka diteruskan dengan seramai 543 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)negeri itu menerima suntikan vaksin.

COVID-19: Pakai gelang berteknologi tinggi mulai 11 Mac
Pelaksanaan peranti pengesanan tersebut termasuk dalam lima peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Kerajaan digesa untuk segera mengadakan persidangan parlimen pada masa terdekat bagi mengangkat suara-suara rakyat dalam medium yang sepatutnya. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sekiranya parlimen tidak bersidang, ahli parlimen hanya ada media sosial sebagai medan luahan suara hati rakyat.

Seri Pajam tawar rumah mampu milik, konsep mewah
Seri Pajam juga membuat promosi rumah teres dengan harga mampu milik, bermula serendah RM266,400, dengan bayaran ansuran hanya RM1,000 sebulan.

Rakyat Malaysia bebas tuduhan berkaitan dadah di Singapura
Beh disabitkan Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membawa dadah jenis methamphetamine seberat 499.97gram dan dijatuhi hukuman mati pada awal tahun 2020.

Akta 446: Gagal sediakan penginapan selesa kepada pekerja, 317 kertas siasatan dibuka
Sebanyak 317 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut keatas majikan di seluruh Malaysia bermula 1 Februari lalu selepas didapati gagal menyediakan penginapan yang kondusif dan selesa kepada

PSMB perkenal hab e-pembelajaran kemahiran, pendidikan melalui e-LATiH
Saravanan menambah, PSMB bagaimanapun akan menambah lebih banyak kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia.

KSM minta kerjasama syarikat jayakan program saringan dan vaksinasi COVID-19
Syarikat dalam negara diminta untuk bersama-sama dengan kerajaan menjayakan proses saringan serta vaksinasi COVID-19 yang sedang dan akan dilaksanakan.

90 peratus industri pembuatan sarung tangan patuhi perundangan keselamatan, kesihatan pekerja
Hanya enam daripada 105 syarikat yang diperiksa mempunyai tahap pematuhan yang kurang memuaskan.

Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia positif COVID-19
Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Rita Sosilawati di laman Instagramnya pada Ahad.

Ada majikan sembunyi status pekerja positif COVID-19
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berasa kesal terdapat majikan yang dikesan menyembunyikan status kesihatan pekerjanya yang positif COVID-19.

Pelaksanaan levi pelbagai peringkat ditangguh dari 1 Jan hingga 1 Julai 2021
Kerajaan bersetuju menangguhkan pelaksanaan levi pelbagai peringkat (multi tier levy) dari 1 Januari ke 1 Julai 2021 depan.

Majikan diwajib dapatkan perakuan penginapan pekerja dari JTKSM
Majikan diwajibkan memperoleh perakuan penginapan pekerja daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai prasyarat sebelum membawa masuk pekerja asing di negara ini.

COVID-19: KSM arah JTK siasat, ambil tindakan majikan gagal patuh Akta 446
Saravanan berkata, perkara itu termaktud dalam Akta 446 yang memperuntukkan denda RM50,000 bagi setiap kesalahan.

Lebih 1,000 pekerja Malindo Air mohon Skim Insurans Pekerja
Saravanan berkata, daripada jumlah itu, seramai 749 pemohon diberikan bantuan SIP dengan nilai keseluruhan sebanyak RM928,000.