KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengesyaki terdapat mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara yang pernah diselamatkan sebelum ini, menjadi ejen sindiket bagi merekrut raykat negara ini untuk bekerja di luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata perkara itu dikesan, hasil saringan daripada keseluruhan individu yang diselamatkan di Myanmar baru-baru ini.
"Kita membuat saringan di lapangan terbang, kita lihat mereka ini pernah keluar ke negara lain dalam cara atau konteks yang lebih kurang sama seperti sebelumnya.
"Apabila kita panggil dan siasat, jawapan yang diberikan oleh mangsa seperti 'sudah dilatih'," katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus JSJ Bersama Masyarakat di dewan Pusat Komuniti TTDI di sini, hari ini.
Bagi mengatasi masalah terbabit, Mohd Shuhaily berkata pihaknya telah memaklumkan situasi tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri, bagi menilai prosedur pengeluaran dokumen perjalanan mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.
Mohd Shuhaily turut mendedahkan seramai 16 individu, dikenal pasti sudah kembali ke negara tempat mereka terbabit dengan sindiket penipuan pekerjaan sebelum ini.
"Kalau mereka tidak terlibat dengan apa juga permasalahan, dia akan kembali ke negara ini secara normal, namun sekiranya dia ditangkap atau menghadapi masalah sama itu menunjukkan sangkaan kita benar, bahawa mereka ini tidak serik-serik dengan apa yang pernah berlaku," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Feb lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.
Beliau berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos, dan berdasarkan kajian, 73 peratus daripada mereka bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Mohd Shuhaily bercakap pada sesi Libat Urus JSJ bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.