awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup

Bernama
Bernama
13/09/2024
15:46 MYT
Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam. - Foto Facebook MBPP
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga di sini ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan pemeriksaan di tiga premis dan mendapati tahap kebersihan semua premis itu tidak memuaskan.
"MBPP menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bahagian dapur, tempat basuhan, tempat penyimpanan makanan, longkang dan parit sebelum menemui najis tikus di beberapa lokasi di situ.
"Susulan itu tiga premis tersebut telah diarahkan tutup serta merta semalam selama 14 hari," menurut MBPP menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
MBPP memaklumkan selain gagal menyediakan kawalan makhluk perosak secara berjadual, pemeriksaan terhadap alatan perangkap minyak mendapati pengusaha juga tidak mematuhi penjadualan pembersihan hingga menyebabkan berlaku masalah perparitan serta punca longkang awam tersumbat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#najis tikus
#premis makanan diarah tutup
#Tanjung Bunga
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan