awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada paip pecah di Jalan Sultan Ismail, bukan lubang benam - DBKL

Khalis Khadir
Khalis Khadir
23/09/2024
09:58 MYT
Ada paip pecah di Jalan Sultan Ismail, bukan lubang benam - DBKL
Menurut DBKL, hasil siasatan mendapati terdapat paip Air Selangor yang telah pecah dan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan berlaku tanah mendap atau lubang benam di Jalan Sultan Ismail seperti tular di media sosial.
Ia susulan tular video berdurasi 10 saat pada Isnin memaparkan keadaan jalan seakan mendap dengan pasukan bomba berada di lokasi bagi memantau keadaan.
Jalan menghala ke Jalan Raja Chulan itu ditutup kepada kenderaan menerusi pita kuning yang dipasang di lokasi kejadian.
DBKL dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, jalan itu ditutup susulan kejadian paip pecah.
“Hasil siasatan mendapati terdapat paip Air Selangor yang telah pecah dan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan. Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh pihak Air Selangor,” katanya.
DBKL memaklumkan proses baik pulih itu akan mengambil masa dengan jangkaan siap sepenuhnya jam 5 pagi pada Selasa.
Topic Berkaitan
#DBKL
#paip pecah
#lubang benam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan