Keupayaan merasai kepayahan dan denyut nadi rakyat kebanyakan merupakan antara aspek kepimpinan yang sering terlepas pandang sesetengah pemimpin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata ada pemimpin berketurunan raja dan golongan bangsawan kadangkala berkecenderungan untuk tidak memahami penderitaan rakyat biasa.
“Kadangkala, apabila seorang pemimpin itu datang daripada golongan bangsawan, autokratik dan berketurunan raja, mereka berkecenderungan untuk tidak memahami penderitaan orang biasa.
“Keadaannya seperti kata-kata yang pernah diungkap Marie Antoinette (bekas Permaisuri Perancis), yang apabila dimaklumkan petani laparkan roti, beliau berkata, berikan mereka kek.
“Sama ada Antoinette mengatakannya atau tidak, isunya adalah pemimpin yang terpisah (daripada rakyat) gagal untuk menyelesaikan penderitaan, sebaliknya membiarkan ia berterusan.
“Rakyat biasa yang menjadi pemimpin juga ada yang mengabaikan penderitaan rakyat, namun ia bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi kerana tidak ambil peduli,” katanya ketika berucap pada program ‘My Voice My Nation Malaysia 2019’ di Bukit Jalil pada Rabu.
Dr Mahathir juga berharap golongan muda memahami sebab kenapa generasi terdahulu berjuang menentang penjajahan dan memerdekakan negara daripada penjajah.
“Kamu (generasi muda) bertuah. Saya harap rakyat Malaysia tidak lagi melalui saat getir itu, namun kebebasan tidak diberi, kamu perlu berusaha mendapatkan dan mempertahankannya.
“Saya percaya itu tugas yang diamanahkan kepada kamu. Baik atau buruk, kecil atau besar, generasi saya sudah lakukan bahagian kami,” katanya.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jun 26 2019
Dr Mahathir berharap golongan muda dapat memahami sebab kenapa generasi terdahulu berjuang menentang penjajahan dan memerdekakan negara. - Foto BERNAMA
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Ada pemimpin berketurunan raja, bangsawan gagal fahami kesusahan rakyat - Tun Mahathir
Apabila pemimpin daripada keturunan diraja, kecenderungan untuk tidak memahami penderitaan rakyat biasa begitu ketara.