MALAYSIA
'Ada sesuatu kurang, saya mahu cari kebenaran' - Ram Singh lawat kubur Zara Qairina
Peguam Datuk Ram Singh menziarah pusara Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Sipitang. -Foto Ihsan pembaca
KOTA KINABALU: Peguam Datuk Ram Singh mengakui hatinya terdorong untuk menziarah pusara Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Sipitang, sebagai usaha untuk memohon petunjuk berhubung misteri di sebalik pemergian pelajar berusia 13 tahun itu.
Ringkasan AI
Ram berkata, kunjungan itu dilakukan selepas beliau meninjau lokasi kejadian dalam prosiding locus in quo di asrama sekolah arwah pada 11 September lalu, yang meninggalkan persoalan besar mengenai keadaan sebenar dihadapi Zara sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama pada 16 Julai.
Beliau sebelum itu memaklumkan bahawa telah meminta izin kepada penjaga kubur untuk menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Kampung Mesapol Lama, Sipitang dan bertanya kepada beberapa individu mengenai hal berkaitan.
"Saya pergi sana sebab saya rasa macam kebenaran itu, macam ada sesuatu yang kurang. Lepas itu pergi sana untuk tengok kubur dan secara asasnya saya minta izin, sebelum saya soal yang lain-lain, minta izin untuk cari kebenaran.
"Sebab selepas locus in quo hari itu, yang tempat kejadian semua itu, saya rasa macam ada sesuatu orang semua tidak tahu, iaitu apa sebab dia lompat, seperti dijelaskan Pakar Patologi, Dr Jessie Hiu, arwah dipercayai lompat berdasarkan kecederaan yang dialaminya.
"Semua orang tidak tahu atau sama ada mereka tahu, tapi tidak mahu cakap, seperti Dr Jessie kata terpulang kepada Mahkamah Koroner untuk membuat keputusan sama ada ia adalah suicide (bunuh diri) atau bukan, semua orang mengelakkan soalan itu.
"Itu adalah persoalan netizen, seperti lompatan atau diari itu macam ada kaitan hingga timbul spekulasi. Jadi timbul persoalan netizen kenapa dia boleh buat begitu sebagai seorang budak. Ini semua dari netizen yang cakap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, pada Isnin lalu.
Ram dan pasukannya yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh dalam kes berkaitan Zara Qairina melihat bahawa berlaku kecuaian dalam kejadian tersebut dan menyebabkannya terdetik untuk menziarah kubur.
"Bagi saya, memang ada kecuaianlah, ada kecuaian dari sekolahkah atau pihak lain, something like that (sesuatu yang macam itu).
"Sebab itu saya pergi sana (ziarah kubur arwah), saya rasa saya mahu doa, selain daripada doa, saya mahu minta satu petunjuk kebenaran, apa sebabnya, mungkin akan ada petunjuk dari situ," katanya.
Katanya, sebagai pengamal undang-undang, beliau yakin setiap kejadian pasti mempunyai sebab yang boleh dijelaskan dari sudut guaman, amalan serta pengalaman undang-undang.
"Kalau yang ditanya netizen, persoalan sama ada tulisan dalam diari itu benar-benar milik arwah Zara, masih bermain di fikiran meskipun pakar dokumen sudah memberi keterangan.
"Begitu juga dengan persoalan mengapa arwah ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang pada awal pagi, yang terus menjadi tanda tanya netizen. Kedua-dua isu ini, diari dan keadaan arwah Zara ketika ditemui, tetap mengundang minat ramai yang mahukan satu kebenaran," katanya.
Ditanya mengenai perjalanan ke kubur tersebut, Ram yang memulakan perjalanan pada jam 7 pagi terpaksa meredah hujan lebat selain cuaca mendung sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu.
Beliau terpaksa mengharungi banjir di laluan Kampung Bukau, Beaufort namun selepas itu, cuaca berubah cerah sehingga tiba di Sipitang dan di kawasan tanah perkuburan arwah Zara.
Ram bersama rakan guamannya juga antara sebagai pihak berkepentingan dalam inkues kematian arwah Zara Qairina di Mahkamah Koroner.
Prosiding inkues setakat ini sudah memanggil enam saksi bermula dengan Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, pakar tulisan tangan Jabatan Kimia, pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, polis hingga pengawal keselamatan asrama arwah Zara.
Inkues berlangsung di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dijadual bersambung pada Rabu dengan seorang doktor forensik dan Ketua Warden asrama, selain kanak-kanak dijangka sebagai saksi baharu yang akan dipanggil. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Peguam Datuk Ram Singh menziarah pusara Zara Qairina Mahathir di Sipitang untuk memohon petunjuk berhubung misteri kematian pelajar itu selepas prosiding locus in quo.
- Beliau percaya wujud kecuaian dalam kejadian tersebut dan menzahirkan hasrat untuk mencari kebenaran, termasuk persoalan mengenai diari dan keadaan arwah ketika ditemui.
- Inkues kematian Zara diteruskan dengan enam saksi telah dipanggil, dan prosiding dijadual bersambung dengan saksi baharu termasuk doktor forensik, Ketua Warden dan kanak-kanak.