KUCHING:Sarawak akan mewajibkan saringan COVID-19 ke atas setiap kontak rapat pesakit wabak itu sama ada mereka mempunyai simptom atau tidak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, malah saringan yang lebih agresif akan dilakukan.
"Persekutuan telah membuat peraturan baharu dan kita telah berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak untuk terus melakukan saringan kepada semua kontak rapat walaupun tidak mempunyai simptom," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Jumaat.
Selain itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, kapasiti pusat kuarantin di negeri itu masih terkawal dan akan ditingkatkan mengikut keaktifan ujian saringan termasuk saringan bersasar.
"Sudah tentu apabila jumlah pesakit meningkat di Sibu misalnya, isu pusat kuarantin akan timbul tetapi kita sedang cuba atasi perkara ini.
"Beberapa hotel dan pusat kuarantin baharu telah dikenal pasti di bahagian terlibat antaranya di Miri yang melibatkan penggunaan pangsapuri dan lain-lain tempat yang sesuai," tambahnya.
Dalam pada itu, JBPNS akan memastikan kemampuan untuk melakukan ujian saringan ditingkatkan antaranya melibatkan penggunaan makmal swasta.
Katanya, penglibatan pihak swasta akan meningkatkan kapasiti saringan yang boleh dilakukan dalam tempoh sehari sekali gus mampu memperoleh keputusan pada hari sama.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Jan 15 2021

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, malah saringan yang lebih agresif akan dilakukan. Foto Astro AWANI

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Peningkatan kes pembakaran terbuka punca kualiti udara tidak sihat - Tuan Ibrahim
Punca kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan dalam negara disebabkan oleh peningkatan kes pembakaran terbuka.

Tuai rumah, JKKK ditugaskan pantau SOP rumah panjang masing-masing - Uggah
Tuai rumah dan JKKK di sembilan rumah panjang di Betong ditugaskan untuk memantau SOP rumah panjang masing-masing.

PKPD di Town Villa, sebahagian besar Flat Sibu Jaya tamat ikut jadual - Ismail Sabri
PKPD di kawasan perumahan Town Villa dan sebahagian besar Flat Sibu Jaya, Sibu ditamatkan seperti yang dijadualkan.

COVID-19: Kes pulih melebihi kes baharu di Sarawak
Sarawak mencatat 159 kes baharu COVID-19, lebih rendah berbanding 227 kes pulih COVID-19 dan dibenarkan discaj.

AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR
Tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan keluar parti disifatkan sebagai tidak bermaruah.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

COVID-19: Semua sektor sukan di Sarawak dibuka berkuat kuasa hari ini
Semua aktiviti sukan dan rekreasi bagi kategori individu dan berpasukan di Sarawak dibenarkan berkuat kuasa, hari ini.

Sarawak sedia beli vaksin COVID-19 jika perlu
Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 sekiranya terdapat keperluan bagi meningkatkan kapasiti program imunisasi di negeri itu.

7 lagi kluster baharu direkodkan, 10 kluster tamat
Tujuh kluster baharu direkodkan pada Isnin dengan lima daripadanya melibatkan tempat kerja, satu komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi.

Johor rekod kes tertinggi antara tumpuan kenyataan media KKM
Jumlah jangkitan baharu pada Isnin adalah sebanyak 1,828 menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini ialah 302,580.

COVID-19: Gagal patuh SOP punca kes positif di Sarawak meningkat
Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak disebabkan kegagalan masyarakat untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.