awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia terus mainkan peranan aktif terajui proses rundingan COC - Menteri Luar
KPM buat persiapan hadapi dua kohort, fokus pengisian guru dan fasiliti sekolah - Wong
Bukan kerana tambak pantai, hakisan di Batu Feringghi, Tanjung Bungah akibat air pasang - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada yang ajak bergaduh soal bendera, henti main perkauman - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
23/08/2025
07:11 MYT
Ada yang ajak bergaduh soal bendera, henti main perkauman - PM Anwar
Anwar berkata akyat perlu menghargai keamanan hari ini kerana ia bukan percuma, tetapi hasil daripada pengorbanan pasukan keselamatan negara. - Foto Bernama
SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya isu bendera tidak dijadikan bahan perbalahan sehingga menghangatkan suhu perpecahan antara kaum di negara ini.

Ringkasan AI
  • Anwar menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan dan kebanggaan negara yang mesti dihormati, namun tidak wajar dijadikan bahan perbalahan kaum.
  • Kesalahan berkaitan bendera perlu ditangani secara adil, bukan berdasarkan andaian atau sentimen yang boleh menghangatkan suhu perkauman.
  • Beliau mengingatkan rakyat bahawa keamanan negara adalah hasil pengorbanan pasukan keselamatan, dan tidak boleh dipersia-siakan dengan isu remeh atau eksploitasi politik.

Beliau berkata, walaupun bendera adalah lambang kedaulatan negara dan wajib dihormati, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk mencetuskan ketegangan kaum.
“Jadi kadang-kadang bila kita aman, kita buat andaian sahaja. Ajak orang bergaduh, mahu bergaduh soal bendera, semua mahu gaduh dan ada yang menghangatkan suhu perpecahan antara kaum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies Sdn Bhd, di sini, pada Sabtu.
Anwar berkata, Jalur Gemilang tetap penting sebagai lambang kebanggaan negara, namun tindakan perlu diambil secara wajar sekiranya terdapat salah laku.
“Jangan salah faham, saya tidak kata bendera itu tidak penting, bendera itu tanda lambang kebanggaan negara jadi kena jaga.
“Kalau dulu silap-silap boleh kita maafkan tapi sekarang kalau ada lagi yang nampak lihat begitu, sama ada di jabatan kerajaan atau swasta, harus ada tindakan tetapi saya mahu sebutkan, jangan buat andaian semua ini baik, tidak betul,” ujarnya.
Jelas beliau, rakyat perlu menghargai keamanan ini kerana ia bukan percuma, tetapi hasil daripada pengorbanan pasukan keselamatan negara.
“Negara ini aman kerana persiapan, perkhidmatan, pengorbanan, pasukan pertahanan kita selama ini, tapi ia tidak akan kekal lama.
“Siapa jangka ada peperangan Thailan -Kemboja, siapa sangka pergaduhan di Myanmar berlarutan, bila ada pergaduhan itu dia melimpah juga ke Thailand, Bangladesh dan juga Malaysia, sebab itu kita harus sentiasa bersedia. Jangan guna alasan ini untuk kaut kekayaan secara haram,” katanya lagi.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#isu bendera
#ketegangan kaum
#Hari Kebangsaan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan