MALAYSIA
Adakah harga barang akan turun selepas minyak turun? Susah nak cakap - Rafizi
Ahli Parlimen Pandan itu berpendapat, kesannya hanya dapat dilihat selepas beberapa bulan, iaitu menjelang akhir tahun ini. - Gambar fail.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, sukar untuk meramalkan sama ada harga barang akan turun susulan penurunan harga RON95 sebanyak enam sen bermula September ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berpendapat, kesannya hanya dapat dilihat selepas beberapa bulan, iaitu menjelang akhir tahun ini.
“Jika harga barang selalunya naik serta-merta apabila berlaku kenaikan harga barang asas, bahan api seperti minyak dan utiliti seperti elektrik. Adakah harga barang akan turun apabila harga minyak turun enam sen bermula September ini?
“Susah nak cakap… tiada siapa yang tahu. Kita hanya boleh melihat selepas beberapa bulan, iaitu menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Rafizi menjelaskan, peniaga sukar menurunkan harga kerana kebanyakannya telah menaikkan harga sebelum ini tanpa menjejaskan permintaan, malah pelanggan masih membeli.
“Apabila peniaga menaikkan harga kerana peniaga lain turut menaikkannya, dan kenaikan itu tidak menjejaskan permintaan, memang sukar untuk peniaga menurunkan harga,” katanya.
Beliau berpendapat, harga barang hanya akan turun sekiranya pengilang menurunkan kos di peringkat huluan.
Rafizi turut menggesa kerajaan memastikan tiada kenaikan mendadak harga bahan asas secara berterusan memandangkan kebanyakannya adalah barang terkawal.
Tambahnya, kerajaan juga bertanggungjawab memastikan undang-undang mampu menyekat amalan mengambil untung berlebihan yang memanipulasi pengguna.
Beliau berkata, ketiadaan ketelusan harga dalam urus niaga harian menyukarkan pengguna menilai sama ada harga barangan berpatutan kerana mereka tidak dapat membuat perbandingan kos dan margin keuntungan.
“Semua ini menjadi sukar kerana kita masih belum mengamalkan ketelusan harga (price transparency) dalam urus niaga harian,” katanya.
Justeru, beliau menegaskan dasar ketelusan harga akan menjadi fokus seterusnya bagi mempercepatkan usaha Malaysia menggalakkan amalan harga yang lebih telus.