Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuka diskusi di akaun Twitternya dengan menyatakan hukuman rotan mungkin salah satu kaedah yang wajar untuk mendisiplinkan pelajar.
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukanlah penyelesaian terakhir untuk mendisiplinkan pelajar.
Pada masa sama, Mahdzir memaklumkan ada pengguna di Facebook yang mencadangkan kepada beliau agar pelaksanaan hukuman dibuat dengan kehadiran waris.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @CaptRahmat berpendapat tindakan tersebut adalah wajar namun kaedah hukuman berkenaan harus dilakukan secara berperingkat.
"Fasa 1, kaunseling di sekolah, kemudian diikuti dengan fasa 2 iaitu kaunseling di sekolah di hadapan ibu bapa serta persetujuan bertulis akan dihukum rotan jika mengulangi kesalahan," kata pengguna Twitter itu.
Pada masa sama, Mahdzir turut mengingatkan semua bahawa asas pembentukan disiplin pelajar perlu bermula di rumah.
"Disiplin diri dibentuk bermula dari rumah dan diasah dalam persekitaran sekolah," ujar Mahdzir.
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) dalam reaksinya pula berhujah hukuman rotan tidak menyelesaikan masalah.
Menurut PAGE, perkara pokok yang perlu ditangani ialah mengatasi punca kejadian buli yang berlaku di sekolah serta menguatkuasakan program pencegahannya.
Kes buli dilihat terus menjadi-jadi dengan kes yang terbaharu menyaksikan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu cedera di kepala dipercayai dipukul dua pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Astro Awani
Sun Feb 26 2017
Mahdzir membuka diskusi di akaun Twitternya dengan menyatakan hukuman rotan mungkin salah satu kaedah yang wajar untuk mendisiplinkan pelajar. -Gambar fail
LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Persembahan 'Rumah MADANI Jiwa Merdeka' antara tarikan sambutan Hari Malaysia
Rumah MADANI Jiwa Merdeka bakal dipersembahkan oleh 100 artis budaya daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.
Idris Elba sertai PM UK lancarkan kempen anti-jenayah pisau
Pelakon dan penyanyi, Idris Elba berganding bahu bersama Perdana Menteri Britain, Keir Starmer untuk melancarkan sebuah kempen memerangi jenayah melibatkan senjata pisau.
Usaha akhiri perang di Gaza jadi keutamaan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan usaha mengakhiri perang yang telah berlangsung hampir setahun di Gaza adalah menjadi keutamaan ketika ini.
Lantang bersuara hentikan perang Gaza, bina semula institusi pendidikan - Dr Wan Azizah
Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin.
Singapura cadang RUU larang kandungan deepfake
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital, bermula dari pengeluaran Writ Pilihan Raya hingga tamat pengundian pada hari mengundi.
Pelajar tidak buat rayuan setelah dibuang sekolah
Hampir 40 peratus pelajar yang dibuang sekolah di Terengganu dikesan tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah.
Ponteng sekolah catat rekod tertinggi salah laku disiplin 2017
Ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar sekolah sepanjang tahun 2017.
Adakah hukuman rotan kaedah terbaik mendisiplinkan pelajar? - Mahdzir
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukanlah penyelesaian terakhir untuk mendisiplinkan pelajar.