awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakah kita sedia untuk hidup bersama bencana?

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/01/2022
05:45 MYT
Adakah kita sedia untuk hidup bersama bencana?
Persiapan yang rapi perlu diberi penekanan agar manusia mampu mengadaptasi kehidupan bersama bencana, berbanding untuk terus berdepan dengan kemusnahan.
TRAGEDI banjir yang menimpa negara baru-baru ini sememangnya telah membuka mata ramai pihak apabila situasinya amat luar biasa.
Kawasan yang tidak disangka-sangka, akhirnya bertukar ibarat sebuah lautan.
Melihat kepada pemandangan pasca banjir di beberapa lokasi, keadaaan itu sudah pastinya membuatkan hati sesiapa sahaja benar-benar terjentik, apatah lagi mangsa yang mengalaminya.
Apa yang berlaku bukan hanya melibatkan bencana banjir, namun ia memerlukan pemahaman berkaitan proses geologi berantai.
Menyentuh mengenai perihal bencana itu, senarionya agak mustahil untuk dikawal sepenuhnya oleh manusia berhubung kehendak fenomena alam.
Sebaliknya, persiapan yang rapi perlu diberi penekanan agar manusia mampu mengadaptasi kehidupan bersama bencana, berbanding untuk terus berdepan dengan kemusnahan.
Dasar-dasar utama berhubung bencana alam merupakan isu penting yang perlu diangkat pihak kerajaan dalam usaha memastikan tahap risiko yang minimum.
Bagaimanapun, usaha itu kelihatan samar sekiranya persediaan rapi untuk berdepan dengan peristiwa hitam itu gagal dirancang dengan sebaiknya.
Astro AWANI akan menampilkan Program Khas Hidup Bersama Bencana yang bakal merungkai segala persoalan pada jam 8.30 malam ini di saluran 501 dan semua platform digital Astro AWANI.
Hidup Bersama Bencana
Topic Berkaitan
#hidup bersama bencana
#banjir
#bencana alam
#persiapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan