awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir

Nik Nuur Azam Shah
Nik Nuur Azam Shah
18/11/2024
09:35 MYT
'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir
Walaupun mengakui amalan global yang menggunakan terjemahan bahasa Inggeris pada papan tanda demi kemudahan pelancong, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap saiz dan keutamaan tulisan Cina yang terlalu ketara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di sebuah kompleks beli-belah Kuala Lumpur, yang menurutnya memberi kesan kepada identiti kebangsaan.
Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Dr Mahathir menceritakan pengalamannya ketika mengunjungi salah satu pusat beli-belah baharu di ibu negara pada hujung minggu.
Beliau memuji kompleks tersebut sebagai "fantastic dan lebih hebat daripada di London atau Tokyo.”
Namun, beliau menegaskan kehadiran ketara tulisan Cina di papan tanda, yang menurutnya mengatasi penggunaan Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.
“Saya tiba-tiba rasa seperti berada di China,” ujarnya.
1. Weekends I drive around Kuala Lumpur. 2. Sometime I drop in the shopping complexes. 3. KLs shopping complexes are great. 4. The new ones are fantastic. 5. They are bigger and better than the shopping complexes in London or Tokyo. 6.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 18, 2024
“Semua papan tanda menggunakan tulisan Cina dengan terjemahan Bahasa Inggeris. Tiada langsung dalam Bahasa Melayu. Langsung tiada.”
Dr Mahathir mempersoalkan sama ada keadaan ini mencerminkan penghakisan identiti kebangsaan Malaysia.
“Jadi, adakah ini Malaysia? Atau kita telah menjadi sebahagian daripada China?," soal beliau.
Walaupun mengakui amalan global yang menggunakan terjemahan bahasa Inggeris pada papan tanda demi kemudahan pelancong, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap saiz dan keutamaan tulisan Cina yang terlalu ketara.
Beliau turut merujuk dakwaan bahawa beberapa media Cina menyebut Malaysia sebagai “China Kecil” kerana penggunaan meluas tulisan Cina di ruang-ruang awam.
“Mungkin ini kerana kita menerima ramai pelawat dari China,” tambah beliau.
Namun, walaupun terjemahan itu bermanfaat, ia tidak seharusnya mengatasi Bahasa Kebangsaan. “Bahasa Kebangsaan kita ialah Bahasa Melayu,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#kompleks beli-belah di Kuala Lumpur
#penghakisan identiti
#tulisan Cina
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan