awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adam Rosly dituduh di mahkamah esok

Hakim Rahman
Hakim Rahman
20/04/2017
13:17 MYT
Adam Rosly dituduh di mahkamah esok
SPRM juga dikatakan telah menyita rumah Adam (gambar) di Ampang, yang dibeli dengan harga RM1.2 juta secara tunai. Gambar fail
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly, yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan dituduh di mahkamah esok.
Adam, 28, yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.
Menurut sumber, SPRM juga telah menyita rumah beliau, yang juga seorang ahli perniagaan, di Ampang, yang dibeli dengan harga RM1.2 juta secara tunai.
BACA: Tempoh reman Adam Rosly disambung empat hari
BACA: Ramai anak muda yang kaya sekarang, bukan saya seorang - Adam Rosly
BACA: 'Adam perlu jelaskan sumber kekayaan luar biasa' - Jamal
Adam dijangka akan dituduh mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
#Adam Rosly
#Azam Baki
#mahkamah
#Pertuduhan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan