awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adam Rosly mengaku tidak bersalah beri kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2017
03:47 MYT
Adam Rosly mengaku tidak bersalah beri kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto Bernama
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan memberikan kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya.
Dia didakwa dengan enam pertuduhan iaitu dua mengikut seksyen 32 (8) (c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001 manakala empat lagi mengikut seksyen 89 akta yang sama.
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Alludeen Ismail.
Mengikut pertuduhan, Adam didakwa memberi keterangan palsu kepada pegawai SPRM pada 10 Februari dan 22 Februari di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
Empat pertuduhan mengikut seksyen 89 pula, dia didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan dan dua baucer tunai dengan niat memperdaya pegawai penyiasat SPRM ketika memberi keterangan pada 22 Februari 2017 di tempat yang sama.
Hakim membenarkan Adam diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 29 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Adam, 30, yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.
Menurut sumber, SPRM juga telah menyita rumah beliau, yang juga seorang ahli perniagaan, di Ampang, yang dibeli dengan harga RM1.2 juta secara tunai.
Topic Berkaitan
#Adam Rosly
#Mahkamah Sesyen
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan