awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adenan berjiwa rakyat, cemerlang urus hal negeri - PERDASAMA

Media Statement
Media Statement
12/01/2017
03:29 MYT
Adenan berjiwa rakyat, cemerlang urus hal negeri - PERDASAMA
PERDASAMA KENANG JASA DAN SUMBANGAN ALLAHYARHAM DATUK PATINGGI TAN SRI ADENAN SATEM KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA SARAWAK
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) ingin mengucapkan takziah kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem yang telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari tadi.
PERDASAMA dan seluruh rakyat Malaysia berasa amat sedih atas pemergian Allahyarham kerana pemergian beliau ini merupakan satu kehilangan yang tidak diduga oleh semua pihak. Allahyarham yang terkenal dengan sifat rendah diri dan berjiwa rakyat juga telah berjaya mengurus hal-hal negeri dengan cukup cemerlang dan menakjubkan. Hal ini juga telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat Sarawak yang begitu menyayangi dan menyanjungi pucuk pimpinan beliau.
Di bawah kepimpinan Allahyarham, beliau banyak memberi nasihat dan galakan kepada para usahawan untuk terus berjaya di dalam bidang yang diceburi. Allahyarham juga sentiasa menyarankan agar para usahawanharus dibangunkan secara lebih efektif kerana industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah komponen penting bagi memajukan ekonomi negeri Sarawak. Allahyarham Datuk Patinggi juga sentiasa yakin dan percaya bahawa dengan bimbingan dan bantuan yang sesuai, usahawan-usahawan Sarawak berpotensi besar untuk berjaya sebagai pengeksport barangan yang mempunyai tambah nilai.
Sekali lagi, PERDASAMA mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan berharap mudah-mudahan roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Terima kasih.
Datuk Moehamad Izat Emir Presiden PERDASAMA
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#meninggal dunia
#Moehamad Izat Emir
#Perdasama
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan