KUALA LUMPUR:ASEAN menekankan kepentingan memperkukuh mekanisme keselamatan siber sebagai sebahagian daripada usaha untuk memajukan ketersambungan digital di rantau ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin, yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1), berkata ia termasuk keperluan memperkukuh undang-undang dan peraturan untuk menjamin keselamatan dan keselamatan penyambungan data, serta menghalang eksploitasi kanak-kanak dan wanita di ruang siber termasuk buli siber.
“Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025,” katanya dalam sidang media selepas penutup ADGMIN1 di sini, Jumaat.
Saifuddin juga berkata Malaysia bersedia berkongsi kepakarannya mengenai keselamatan siber dengan negara anggota ASEAN melalui Skim Pendidikan Keselamatan Siber Akreditasi Globalnya.
"Di bawah kementerian ini terdapat agensi CyberSecurity Malaysia yang mengatur beberapa aktiviti dengan negara anggota ASEAN termasuk program Skim Pendidikan Cybersecurity Akreditasi Global.
"Ia program pensijilan untuk membangun keupayaan pengurus dan profesional keselamatan siber," katanya.
Menurutnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menekankan kepentingan keselamatan siber dalam ucaptama semasa pembukaan ADGMIN1 pada Khamis.
Menjawab soalan lain, Saifuddin berkata ketersambungan internet ke kawasan luar bandar adalah cabaran yang dihadapi kebanyakan negara anggota ASEAN kerana faktor geografinya.
"Namun, dalam mesyuarat ini, saya melihat setiap negara sangat komited dan memperuntukkan sejumlah besar wang untuk melabur," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata secara keseluruhan, negara anggota ASEAN telah mencapai kemajuan luar biasa dalam ketersambungan digital walaupun pengukuran setiap negara adalah berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021

Bercakap pada sidang media selepas penutup ADGMIN1, Saifuddin berkata Malaysia sedia berkongsi kepakaran mengenai keselamatan siber dengan negara anggota ASEAN melalui Skim Pendidikan Keselamatan Siber Akreditasi Globalnya. --fotoBERNAMA

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

Piala Sumbangsih 2021 | JDT pertahan kejuaraan empat tahun berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Malaysia akan lancar makmal ujian keselamatan siber 5G pertama di Asia Tenggara
Makmal ujian akan menjadi model keselamatan siber secara menyeluruh yang merangkumi sejumlah senario dan menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih dan penilaian perkakasan.

Sistem pertahanan negara, laman web masih selamat - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan mengulas mengenai ancaman serangan kumpulan penggodam terhadap beberapa laman web milik kerajaan.

Serangan akan berterusan, ini lima ramalan keselamatan siber buat syarikat tahun ini
Disebabkan krisis COVID-19, syarikat berdepan dengan cabaran teknologi yang amat besar dan tidak kebal daripada ancaman serangan siber.

Bagaimana mengelak serangan siber penggodam? Ini yang anda perlu tahu
Serangan pengodam terhadap sekuriti siber amat membimbangkan ketika ini terutama dalam dunia digital tanpa sempadan.

Tindakan Anonymous Malaysia perlu dipandang serius - Pakar
Tindakan Anonymous Malaysia kembali muncul dengan mesej amaran kepada kerajaan Malaysia seharusnya dipandang serius.

Ancaman serangan siber: Awas! NACSA keluar notis amaran
NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
Kumpulan penggodam terkenal itu menyifatkan keselamatan siber negara berada di tahap rendah selain berisiko berlakunya kebocoran data.

ADGMIN1 tekankan usaha perkukuh keselamatan siber - Saifuddin
Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

Malaysia komited bantu ASEAN wujudkan ekosistem data yang selamat
Malaysia komited dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dalam mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN.