awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adi Putra selamat diijab kabul dengan Siti Sarah

Sinar Harian
Sinar Harian
03/11/2023
01:00 MYT
Adi Putra selamat diijab kabul dengan Siti Sarah
Adi Putra (kiri) selamat bernikah bersama Siti Sarah. - Foto Facebook Abdul Ghani
SHAH ALAM: Genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 24, telah menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Siti Sarah Zulkarnain, 27.
Berita gembira dikongsi oleh bapanya, Abdul Ghani dalam hantaran di Facebook.
Menurut Abdul Ghani, majlis perkahwinan anaknya berjalan dengan lancar dan Adi selamat bergelar suami kepada Siti Sarah dengan sekali lafaz.
"Sahlah Adi Putra sebagai raja sehari di Lundang, Kota Bharu.
"Berkat doa daripada tuan, puan, sahabat dan muridnya dengan sekali lafaz nikah sahaja.
"Kenduri kahwin berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini," katanya pada Khamis.
Difahamkan, Adi memberikan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepada Siti Sarah.
Sebelum ini, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar genius matematik khususnya algebra, trigonometri dan darab.
Anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford dan Universiti Harvard sewaktu berusia enam tahun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#genius matematik
#Adi Putra Abdul Ghani
#Adi Putra kahwin
#Universiti Oxford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan