MACHANG: Hubungan akrab dengan binatang peliharaan seakan menjadi 'keistimewaan' buat Muhammad Amir Mustapa, 29, apabila ayam hutan dan kucing miliknya sentiasa 'melekat' dan senang dibawa ke mana-mana dengan menaiki motosikal.
Muhammad Amir berkata, adalah menjadi rutin hariannya untuk membawa 'Long' iaitu nama manja bagi ayam hutan dan 'Adik Kiss' bagi kucingnya untuk bersiar-siar hampir setiap hari, malah pernah sehingga ke Dungun, Terengganu.
Katanya, rutin itu turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang teruja melihat situasi itu dengan mengambil peluang menangkap gambar selain ada juga menzahirkan rasa bimbang sekiranya haiwan kesayangannya itu jatuh.
"Pada awalnya saya hanya membawa 'Adik Kiss' menaiki motosikal. Namun, lama-kelamaan saya mula membawa bersama Long, sekali gus tidak menyangka kedua-duanya sangat tenang dan tidak banyak bergerak sepanjang berada atas motosikal.
"Malah, jika sebelum negara dilanda wabak COVID-19, saya pernah membawa kedua mereka hingga ke Dungun, Terengganu dan sepanjang perjalanan mereka hanya menikmati pemandangan dan kekal berada di kedudukannya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Cherodok, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, anak kelapan daripada 11 beradik itu berkata, dia tidak pernah melatih haiwan peliharaannya untuk berbuat demikian namun ia hanya tindakan spontan.
"Saya tidak pernah melatih kedua-duanya berbuat demikian, ia diibarat seperti tindakan spontan mungkin disebabkan hubungan akrab saya dengan Adik Kiss dan Long menyebabkan kedua-duanya tidak banyak ragam dan hanya kelihatan seakan seronok setiap kali menaiki motosikal.
"Kebiasaannya, saya akan meletakkan kedua mereka di tempat duduk belakang, malah ada juga ketika pemegang motosikal dan bahu saya menjadi tempat kegemaran mereka selain saya hanya menunggang motosikal dalam kelajuan terkawal untuk tidak membuatkan mereka berasa takut," katanya.
Sebelum ini, aksi Muhammad Amir membawa Adik Kiss dan juga Long tular di media sosial Facebook, dan mendapat hampir 40,000 tontonan selain warganet turut menzahirkan rasa kagum dengan situasi yang dianggap luar biasa itu. -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Jun 26 2021
Muhammad Amir Mustapa, 29, bersama haiwan peliharaannya ayam hutan yang lebih mesra dipanggil 'Long' dan seekor kucing dipanggil 'Adik Kiss' ketika ditemui pemberita dirumahnya di Kampung Cherodok. - Gambar BERNAMA
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Penumpang wanita kehilangan anjing di lapangan terbang tersibuk dunia
Anjing kesayangan Paula Rodriguez bernama Maia yang berusia enam tahun didakwa dihilangkan oleh kakitangan penerbangan semasa transit.
Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing
Langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.
Penjaga haiwan berbelanja lebih, elak risiko strok haba
Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, sanggup berbelanja lebih sejak bulan lepas untuk keperluan kucing dan anjing di pusat itu susulan cuaca panas.
Lelaki dipenjara sebulan, anjing peliharaan cederakan wanita
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap N.Trini Emmanuel Nettar, 53, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.
Norhaeda kongsi rezeki dengan 48 ekor kucing jalanan
Sikap mudah kasihan terhadap haiwan itu membuatkan dia akan membawa pulang haiwan berkenaan yang dijumpai di jalanan untuk dijaga.
Aktiviti seludup haiwan secara haram dari JB ke Singapura masih 'ligat'
Selain anjing, haiwan peliharaan yang sedia dijual pada harga murah di seberang tambak adalah kucing dan beberapa haiwan eksotik lain.