Adik lemas, abang sempat diselamatkan

Sinar Harian
Januari 15, 2023 00:45 MYT
Mayat Muhammad Hanif Nurhaqim ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di Pantai Kemayang petang Sabtu. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di Pantai Kemayang, petang Sabtu.
Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hanif Nurhaqim Amran dikatakan mandi bersama keluarganya di pantai itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut bersama abangnya, Muhammad Hanif Lokman, 12.
"Bomba menerima panggilan pada jam 5.55 petang sebelum bergegas ke lokasi.
"Mayat mangsa ditemui di kepala tembok penghadang ombak kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai terjatuh. Bagaimanapun, sebelum itu abang mangsa sempat diselamatkan orang awam," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
#lemas #Pantai Kemayang #jatuh dalam laut #mandi bersama keluarga