Adik Shahidan Kassim, Ismail meninggal dunia

Bernama
Mei 22, 2023 08:55 MYT
Ismail, 63, pernah menjadi ADUN Tambun Tulang selama dua penggal sejak PRU13 dan PRU14. - Gambar fail
KANGAR: Bekas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambung Tulang Datuk Ismail Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang hari ini.
Berita sedih itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga abang kepada Ismail, menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Menurut Shahidan, Ismail yang juga adik bongsu beliau meninggal dunia pada 2.45 petang tadi.
Ismail, 63, pernah menjadi ADUN Tambun Tulang selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) dan PRU14.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Arau dari 2008 hingga 2013.
-- BERNAMA
#Ismail Kassim meninggal dunia #Shahidan Kassim #serangan jantung #bekas ADUN Tambung Tulang