GADGETS

Adobe AI Foundry dilancar, bantu pemegang IP latih model AI generatif secara selamat

Amanz 21/10/2025 | 06:15 MYT
Adobe memperkenalkan AI Foundry untuk membolehkan pemegang hak cipta melatih model AI generatif menggunakan data milik mereka sendiri secara sah dan selamat. -Gambar Amanz
SELEPAS pelancaran Sora beberapa minggu lalu mencetuskan isu pelanggaran hak cipta, Adobe kini memperkenalkan AI Foundry — sebuah sistem yang membolehkan pemegang hak cipta (IP) melatih model kecerdasan buatan (AI) generatif menggunakan data milik mereka sendiri.


Ringkasan AI
  • Adobe memperkenalkan AI Foundry untuk membolehkan pemegang hak cipta melatih model AI generatif menggunakan data milik mereka sendiri secara sah dan selamat.
  • Langkah ini diambil susulan kebimbangan pelanggaran hak cipta seperti yang berlaku pada model Sora oleh OpenAI yang terpaksa menyekat janaan watak berhak cipta.
  • AI Foundry menyokong janaan teks, imej, video dan objek 3D, dan telah menarik pelanggan awal seperti Home Depot dan Walt Disney Imagineering.


Langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap penggunaan model AI yang dilatih tanpa kebenaran pemilik IP, termasuk kes OpenAI yang terpaksa menyekat janaan watak seperti Mario, Sonic, Michael Jackson dan Martin Luther King.

Dengan bantuan Adobe Firefly, pemegang IP kini boleh membangunkan model AI generatif yang tidak melanggar hak cipta syarikat lain dan selamat digunakan bagi tujuan komersial.

AI Foundry menawarkan keupayaan menjana teks, imej, video dan objek 3D, sama seperti Firefly sebelum ini.

Sistem ini dipasarkan kepada pelanggan komersial yang ingin menggunakan AI generatif secara bertanggungjawab, tanpa risiko pelanggaran hak cipta atau ketidakkonsistenan dengan karya asal mereka.

Antara pelanggan awal AI Foundry ialah Home Depot dan Walt Disney Imagineering. -Amanz






#AI Generatif #Adobe #AI Foundry #Sora