GADGETS
Adobe umum ambil alih Semrush, pelaburan AS$1.9 bilion perkukuh penawaran pemasaran berasaskan AI
Pengambilalihan ini akan memperluas penawaran Adobe dalam pemasaran digital dengan fokus pada SEO, pengiklanan digital, dan media sosial. -Foto Amanz
SAN JOSE: Adobe Inc mengumumkan rancangan untuk mengambil alih syarikat teknologi pemasaran digital Semrush Holdings Inc dalam satu urus niaga tunai sepenuhnya bernilai AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.9 bilion), dalam usaha memperkukuh kedudukan syarikat itu sebagai peneraju dalam penyelesaian pemasaran berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu, Adobe akan membayar AS$12 bagi setiap saham Semrush, mewakili premium sebanyak 77.5 peratus berbanding harga penutup saham syarikat itu sebelum pengumuman dibuat.
Semrush, yang berpangkalan di Boston, terkenal dengan platform pengoptimuman enjin carian (SEO), pengiklanan digital, serta penyelidikan media sosial.
Pelanggannya termasuk jenama global seperti Amazon, JPMorgan Chase dan TikTok.
Ketua Pegawai Eksekutif Adobe, Shantanu Narayen, berkata pengambilalihan ini akan memperkukuh lagi penawaran Adobe dalam ekosistem pemasaran digital, khususnya dalam era di mana pengguna semakin bergantung kepada carian berasaskan AI dan platform seperti ChatGPT serta Google Gemini.
“Dengan menyatukan keupayaan Semrush dalam SEO dan pengoptimuman enjin janaan (GEO) bersama Adobe Experience Cloud, kami dapat menawarkan pandangan menyeluruh kepada pemasar tentang bagaimana jenama mereka muncul di pelbagai saluran digital, termasuk enjin carian tradisional dan pembantu AI,” katanya.
Urus niaga ini telah mendapat kelulusan lembaga pengarah kedua-dua syarikat dan kini menunggu kelulusan pihak berkuasa kawal selia.
Proses pengambilalihan dijangka dimuktamadkan pada separuh pertama 2026.
Saham Semrush melonjak hampir 70 peratus dalam dagangan pra-pasaran susulan pengumuman tersebut, manakala saham Adobe mencatatkan sedikit penurunan, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap strategi jangka panjang syarikat itu. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Adobe Inc merancang untuk mengambil alih Semrush Holdings Inc dalam urus niaga bernilai AS$1.9 bilion, memperkukuh kedudukan sebagai peneraju penyelesaian pemasaran AI.
- Adobe akan bayar AS$12 bagi setiap saham Semrush, mewakili premium 77.5% daripada harga penutup sebelum pengumuman.
- Pengambilalihan ini akan memperluas penawaran Adobe dalam pemasaran digital dengan fokus pada SEO, pengiklanan digital, dan media sosial, memberi manfaat kepada pelanggan seperti Amazon dan TikTok.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu, Adobe akan membayar AS$12 bagi setiap saham Semrush, mewakili premium sebanyak 77.5 peratus berbanding harga penutup saham syarikat itu sebelum pengumuman dibuat.
Semrush, yang berpangkalan di Boston, terkenal dengan platform pengoptimuman enjin carian (SEO), pengiklanan digital, serta penyelidikan media sosial.
Pelanggannya termasuk jenama global seperti Amazon, JPMorgan Chase dan TikTok.
Ketua Pegawai Eksekutif Adobe, Shantanu Narayen, berkata pengambilalihan ini akan memperkukuh lagi penawaran Adobe dalam ekosistem pemasaran digital, khususnya dalam era di mana pengguna semakin bergantung kepada carian berasaskan AI dan platform seperti ChatGPT serta Google Gemini.
“Dengan menyatukan keupayaan Semrush dalam SEO dan pengoptimuman enjin janaan (GEO) bersama Adobe Experience Cloud, kami dapat menawarkan pandangan menyeluruh kepada pemasar tentang bagaimana jenama mereka muncul di pelbagai saluran digital, termasuk enjin carian tradisional dan pembantu AI,” katanya.
Urus niaga ini telah mendapat kelulusan lembaga pengarah kedua-dua syarikat dan kini menunggu kelulusan pihak berkuasa kawal selia.
Proses pengambilalihan dijangka dimuktamadkan pada separuh pertama 2026.
Saham Semrush melonjak hampir 70 peratus dalam dagangan pra-pasaran susulan pengumuman tersebut, manakala saham Adobe mencatatkan sedikit penurunan, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap strategi jangka panjang syarikat itu. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang mendorong Adobe Inc untuk mengambil alih syarikat Semrush Holdings Inc?
A: Adobe Inc mengambil alih Semrush Holdings Inc bagi memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam penyelesaian pemasaran berasaskan kecerdasan buatan (AI). - Q: Siapakah pelanggan Semrush Holdings Inc yang terkenal?
A: Pelanggan Semrush termasuk jenama global seperti Amazon, JPMorgan Chase, dan TikTok. - Q: Apa yang Adobe Inc harapkan dapat capai dengan pengambilalihan ini?
A: Adobe berharap dapat menyatukan keupayaan Semrush dalam SEO dan GEO bersama Adobe Experience Cloud bagi menawarkan pandangan menyeluruh kepada pemasar. - Q: Berapakah nilai urus niaga pengambilalihan ini?
A: Urus niaga pengambilalihan ini bernilai AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.9 bilion), dengan Adobe membayar AS$12 bagi setiap saham Semrush. - Q: Bilakah proses pengambilalihan dijangka selesai?
A: Proses pengambilalihan dijangka selesai pada separuh pertama 2026 setelah mendapat kelulusan lembaga pengarah kedua-dua syarikat dan pihak berkuasa kawal selia.