awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADTEC Kemanan perkenal program kimpalan bawah air

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
21/10/2021
20:51 MYT
ADTEC Kemanan perkenal program kimpalan bawah air
Awang Hashim (tengah) selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran dana kompetitif PTPK bagi program kimpalan bawah air di Kemaman. - Astro AWANI
KEMAMAN: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman, Terengganu buat julung kalinya memperkenalkan bidang kimpalan bawah air bagi melahirkan lebih ramai jurukimpal bawah air tempatan bertauliah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, 10 daripada 160 peserta terpilih sebagai kumpulan perintis dan akan dibiayai menerusi dana pembiayaan kompetetif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Menurut Awang, peserta berkenaan akan menjalani latihan selama 17 minggu dengan empat modul iaitu selaman air terbuka, selaman komersial, kimpalan basah dan persiapan industri.
"Sebuah fasiliti latihan kimpalan bawah air atau 'underwater welding training centre' juga diwujudkan di ADTEC Kemaman bagi melatih tenaga mahir yang diperlukan dalam bidang ini.
"Program kimpalan bawah air ini berpotensi membuka peluang kerjaya berpendapatan tinggi bagi rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas.
"Jadi program ini saya harapkan memberi imej positif kepada sektor pendidikan dan latihan teknikal, vokasional ataupun TVET, serta akan menarik minat lebih ramai golongan muda," katanya.
Plaksanaan program berkenaan juga bertujuan mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir tempatan dalam industri petroleum dan gas.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran dana kompetitif PTPK bagi program kimpalan bawah air di Kemaman.
Topic Berkaitan
#kimpalan bawah air
#Awang Hashim
#ADTEC
#PTPK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan