awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Bukit Besi Roslee Daud keluar UMNO, jadi wakil Bebas

Bernama
Bernama
13/05/2014
01:54 MYT
ADUN Bukit Besi Roslee Daud keluar UMNO, jadi wakil Bebas
ADUN Bukit Besi Roslee Daud keluar UMNO, jadi wakil Bebas
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."
Awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu dan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas masing-masing bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.
Surat Roslee dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.
Dengan keputusan Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali sebagai wakil Bebas, Barisan Nasional kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti PAS (14), PKR (satu).
Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini malam tadi.
Topic Berkaitan
#Bukit Besi
#roslee daud
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan