awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Gemas, Ridzuan Ketua Pembangkang Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
09/10/2023
12:12 MYT
ADUN Gemas, Ridzuan Ketua Pembangkang Negeri Sembilan
Ridzuan berkata barisan ADUN pembangkang di negeri itu akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas Ridzuan Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15, kata Speaker DUN Datuk MK Ibrahim Abd Rahman hari ini.
MK Ibrahim dalam persidangan DUN berkata pihaknya menerima notis daripada Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi surat kepada Setiausaha DUN pada 25 Sept lepas berhubung perkara berkenaan.
Ridzuan berkata barisan ADUN pembangkang di negeri itu akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat.
"Walaupun hanya menang lima kerusi DUN di sini, kami akan berusaha menjadi pembangkang yang baik serta menyahut titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terutamanya mengenai kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pembangunan sama rata.
"Kami bukan mahu menjadi pembangkang yang mahu bertekak di dalam dewan, kami akan cuba membantu meningkatkan pembangunan bagi mencapai matlamat negeri maju seperti titah Tuanku Muhriz tadi," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan yang ke-15 di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 kerusi DUN manakala PN meraih lima kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#negeri maju
#peluang pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan