MALAYSIA
ADUN Kijal Razali Idris diperintah bela diri tuduhan menghasut, perbicaraan bermula 26 Sept
Mahkamah Sesyen memerintahkan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris (foto) membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap institusi kehakiman semasa PRK Kemaman dua tahun lalu. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Razali Idris membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan apabila mendakwa keputusan institusi kehakiman dikawal oleh kerajaan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, dua tahun lepas.
Ringkasan AI
Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Razali, 58, yang juga bekas Ketua Penerangan Bersatu, pada akhir kes pendakwaan.
"Setelah meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak (pendakwaan dan pembelaan). Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
"Oleh itu, tertuduh dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan ini," kata hakim itu yang kemudian menetapkan tarikh perbicaraan selama empat hari pada 26 dan 30 Sept serta 2 dan 3 Okt depan.
Prosiding itu dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Datuk Badiuszaman Ahmad dan Muhammad Amir Hannif Ahijman manakala Razali, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud.
Empat saksi pendakwaan telah memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 22 April 2024.
Pada 24 Nov 2023, Razali didakwa atas pertuduhan menyebut perkataan berunsur menghasut di Padang Astaka Chukai, Kemaman antara 9.30 dan hingga 11.30 malam pada 10 Nov 2023.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen memerintahkan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris, membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap institusi kehakiman semasa PRK Kemaman dua tahun lalu.
- Hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, dan menetapkan perbicaraan selama empat hari bermula 26 September hingga 3 Oktober 2025.
- Razali didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.