MELAKA:Bangunan pentadbiran kerajaan negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri, di sini diarah dikosongkan serta merta bagi kerja-kerja operasi nyah cemar selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dipercayai positif COVID-19.
Tinjauan Astro AWANI di perkarangan kompleks tersebut mendapati, pengawal keselamatan menutup pintu masuk utama bagi mengelak sebarang kenderaan masuk ke bangunan itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, proses nyah cemar itu dilakukan pasukan bomba selepas mendapat permintaan daripada pihak kerajaan negeri.
“Sepasukan anggota dan pegawai ke Kompleks Seri Negeri bagi melakukan proses sanitasi sebaik menerima panggilan daripada kerajaan negeri dan ia cuma sanitasi biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar sepasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri dan segala urusan membabitkan kerajaan negeri hanya akan disambung pada esok.
Ianya selepas seorang ADUN dikatakan disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.
Difahamkan, beliau bersama beberapa pemimpin UMNO Melaka baru pulang dari Sabah bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman ketika hubungi Astro AWANI bagaimanapun memaklumkan sebarang pemakluman rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media harian petang ini.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Oct 01 2020

Proses nyah cemar itu dilakukan pasukan bomba selepas mendapat permintaan daripada pihak kerajaan negeri.

Elon Musk disaman pelabur Twitter atas dakwaan manipulasi pasaran
Dengan menangguhkan pendedahan pegangannya dalam Twitter, Musk terlibat dalam manipulasi pasaran dan membeli saham Twitter pada harga rendah, dakwa pelabur.

Penduduk dalam ketakutan, dakwa diserang monyet ketika tidur
Kumpulan primat itu memasuki kediaman penduduk menerusi tingkap rumah yang tidak ditutup rapat.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3920/3945 berbanding dolar AS daripada 4.3950/3990 ketika ditutup pada Khamis.

Bekas anggota 'Big Bang' Seungri dihukum penjara 1 tahun 6 bulan
Artis berusia 32 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Tentera.

Sheera Iskandar selamat bersalin anak sulung
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi satu posting berserta foto di akaun Instagram Sheera.

Durian premium di Pulau Pinang pada harga mampu milik bulan depan
Pada masa ini hanya Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak bekalan buah itu di pasaran sejak awal bulan ini.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin. Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

JBPM mohon pemanjangan elaun anggota bertugas syif - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memohon pemanjangan bayaran elaun kepada anggotanya yang bertugas secara syif 12 jam dan 24 jam.

Tiga pekerja binaan melecur kotak suis terbakar
Kebakaran melibatkan tiga orang mangsa lelaki dewasa dengan mengalami 80 peratus, 30 peratus dan sembilan peratus tahap kemelecuran di bahagian badan.

Bomba optimum persediaan hadapi risiko kemalangan, kebakaran
JBPM mengoptimumkan langkah kesiapsiagaan mendepani sebarang risiko kemalangan atau kebakaran susulan kemasukan negara ke Fasa Peralihan ke Endemik.

80 peratus anggota bomba diarah bertugas ketika cuti Aidilfitri
Baki 20 peratus lagi dibenarkan bercuti setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk pernah bertugas pada raya tahun lepas.

Wanita melecur di muka dan kaki, rumah musnah terbakar
Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan.

Wanita melecur di kaki, tangan selamatkan diri rumah terbakar
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan ketika membuka pintu biliknya sebaik menyedari api mula marak.

Aidilfitri: JBPM hanya benar 30 peratus pegawai, anggota bercuti
Selebihnya mereka akan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kes kecemasan.

Remaja lelaki hilang di loji air ketika memancing ditemui lemas
Mayat Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi, 14, ditemui penduduk kampung kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Runtuhan kuari: Bomba guna anjing pengesan cari dua mangsa tertimbus
JBPM akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengenal pasti kedudukan tepat dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Warga emas maut dihempap pokok tumbang ketika memancing
Seorang warga emas maut akibat dihempap sebatang pokok tumbang ketika memancing berhampiran loji air Sungai Langat.