awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adun PH, MUDA sokong usaha Johor kaji semula cuti hujung minggu

Bernama
Bernama
15/06/2022
09:40 MYT
Adun PH, MUDA sokong usaha Johor kaji semula cuti hujung minggu
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Johor menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu.
ADUN Perling Liew Chin Tong berkata penetapan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad diharap dapat menyelaraskan perbezaan cuti antara kakitangan sektor awam dan swasta yang mempunyai waktu terhad untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Beliau berkata sokongan dwipartisan itu diharap dapat membantu kerajaan negeri mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih baik khususnya bagi menarik pelaburan sekali gus memberi kesan positif dalam usaha memulihkan ekonomi Bangsa Johor dalam fasa peralihan ke endemik.
"Ini akan memberi nilai tambah kepada kehidupan warga Johor yang seimbang dan lebih baik serta dapat memberi impak positif kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti pekerja," katanya yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.
Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Jan 2014 susulan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada Jumaat dan Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adun johor
#PH
#cuti hujung minggu
#Jumaat dan Sabtu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan