NATIONAL

ADUN Ulu Kinta kemalangan elak anjing liar

Bernama 18/05/2025 | 07:50 MYT
Muhamad Arafat dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh selepas terlibat kemalangan di Jalan Tanjung Rambutan pada petang Sabtu. -Foto Facebook
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad, mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Tanjung Rambutan sekitar 6.45 petang semalam.

Ringkasan AI
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, mengalami kemalangan apabila keretanya terbabas ke dalam longkang ketika cuba mengelak sekumpulan anjing liar di Jalan Tanjung Rambutan.
  • Kejadian berlaku sekitar jam 6.45 petang ketika beliau dalam perjalanan pulang selepas menziarahi penduduk, dan beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh untuk pemeriksaan lanjut.
  • Hasil imbasan MRI mengesahkan beliau hanya mengalami kecederaan ringan.

Muhamad Arafat berkata kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang selepas menziarahi penduduk Ulu Kinta dan cuba mengelak sekumpulan anjing liar yang berada di tengah jalan.
"Setibanya di lokasi, saya terkejut dengan kehadiran anjing-anjing itu lalu membelok secara tiba-tiba sebelum kereta terbabas ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh malam tadi dan menjalani ujian imbasan MRI pagi ini.
"Doktor mengesahkan saya hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.
-- BERNAMA
#Adun Ulu Kinta #elak anjing liar #kemalangan #Muhamad Arafat Varisai Mahamad