MALAYSIA
Aerotrain KLIA: MAHB laksana pelan tindakan menyeluruh bermula esok
Mohd Izani berkata, sepanjang waktu Aerotrain dihentikan, perkhidmatan bas akan beroperasi sepenuhnya bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang antara bangunan terminal utama dan satelit.
SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan melaksanakan pelan tindakan menyeluruh (Comprehensive Action Plan - CAP) bagi perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula esok.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan CAP, perkhidmatan Aerotrain akan dihentikan sementara setiap hari dari jam 9 malam hingga 7 pagi bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan dan ujian sistem.
"Ia merangkumi tiga peringkat. Peringkat pertama ialah kerja yang akan kami lakukan untuk menjalankan pemeriksaan, ujian, penjajaran dan pengesahan bagi semua sistem. Kami menjangkakan kerja ini akan mengambil masa kira-kira empat minggu atau lebih kurang sebulan sehingga 15 Disember, sekitar pertengahan Disember.
"Kemudian, dalam tempoh tersebut, sekitar awal Disember, kami akan memulakan peringkat kedua, iaitu ujian sistem dan kenderaan. Setelah kami menyelesaikan peringkat pertama dan kedua, barulah kami meneruskan operasi di bawah peringkat ketiga.
"Dalam tempoh kira-kira sebulan antara sekarang dan Disember, seperti yang telah kami umumkan satu atau dua minggu lalu, kami sedang melibatkan penilai bebas untuk meneliti sistem, keseluruhan sistem, bagi membuat semakan juga," katanya.
Mohd Izani berkata demikian di sidang media pengumuman CAP di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, sepanjang tempoh pelaksanaan pelan ini, MAHB melibatkan penilai bebas untuk meneliti keseluruhan sistem serta menyediakan laporan dan cadangan penambahbaikan, yang akan dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.
Mohd Izani menegaskan, sepanjang waktu Aerotrain dihentikan, perkhidmatan bas akan beroperasi sepenuhnya bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang antara bangunan terminal utama dan satelit.
“Pasukan operasi kami juga sedang mengoptimumkan lokasi pintu di Bangunan Terminal Utama (MTB) bagi mengurangkan keperluan pemindahan penumpang ke satelit,” tambahnya.
Pelan ini adalah sebahagian daripada usaha MAHB untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selamat kepada semua pengguna KLIA.
Perkhidmatan Aerotrain KLIA digantung pada Mac 2023 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan susulan mengalami kerosakan.
Perkhidmatan tren moden tanpa pemandu itu disambung semula sepenuhnya pada 1 Julai tahun ini, selepas melalui kerja-kerja naik taraf bernilai RM456 juta, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi bernilai RM742 juta oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan serantau terkemuka.