MALAYSIA
Aerotrain KLIA: MAHB sedia kerjasama dengan SPRM
Mohd Izani (tengah) pada Sesi Taklimat Media mengenai Pelan Komprehensif bagi perkhidmatan Aerotrain KLIA di Sepang hari ini. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Lapangan Terbang Malaysia Airports Bryan John Thompson (dua, kanan). --fotoBERNAMA
SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya agensi itu berhasrat membuka siasatan terhadap projek Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata, ketika ini, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada SPRM berhubung siasatan Aerotrain yang kembali mula beroperasi pada Julai lalu.
“Saya belum menerima sebarang permintaan untuk mereka datang, tetapi sebagai agensi yang berkait rapat dengan kerajaan, kami terbuka bekerjasama dengan SPRM,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat khas media bersama MAHB di sini hari ini.
Ditanya sama ada MAHB ditekan untuk mempercepatkan garis masa operasi Aerotrain, Mohd Izani berkata, pihak pengendali berjaya memenuhi keperluan tersebut untuk beroperasi lebih awal.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata SPRM bebas menjalankan siasatan terhadap projek Aerotrain yang bernilai RM456 juta mengikut undang-undang sedia ada.
Untuk rekod, pembinaan projek Aerotrain di KLIA Terminal 1 dibiayai sepenuhnya oleh MAHB dan tidak melibatkan sebarang dana kerajaan.
Pada masa sama, Mohd Izani turut menafikan dakwaan perkhidmatan Aerotrain dipaksa beroperasi lebih awal kerana Sidang Kemuncak ASEAN.
“Kita berjaya menyiapkannya dan hari ini, kita mengadakan taklimat Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) bagi memastikan semua isu ditangani, supaya memasuki tahun baharu dengan tahap kebolehpercayaan penuh terhadap tren ini,“ katanya.
Terdahulu, Mohd Izani berkata MAHB telah memulakan CAP dalam tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) bagi meningkatkan kebolehpercayaan sistem Aerotrain di KLIA.
CAP akan dilaksanakan bermula esok hingga 15 Dis ini, di bawah proses tahap satu melibatkan pemeriksaan menyeluruh, ujian dan jika perlu pembetulan terhadap keseluruhan sistem serta subsistem kritikalnya.
Pemeriksaan menyeluruh akan dilaksanakan pada 9 malam hingga 7 pagi setiap hari, dan perkhidmatan bas akan disediakan sepanjang tempoh itu bagi memastikan pemindahan penumpang berjalan lancar.