MALAYSIA
AFAC suarakan mesej kukuh kepada komuniti global mengenai integriti ASEAN - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berucap pada majlis pemeteraian AFAC di luar Mesyuarat AEM ke-57 hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Persaingan ASEAN (AFAC) menghantar mesej kukuh kepada komuniti global bahawa kumpulan itu komited sepenuhnya terhadap keadilan, ketelusan dan integriti dalam pasarannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul yang juga pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) berkata perjanjian rangka kerja itu juga memperkukuh reputasi blok itu sebagai rakan ekonomi yang dinamik, dipercayai dan boleh diharap di peringkat global.
"Ketika ekonomi global terus berkembang dalam keadaaan kompleksiti dan ketidaktentuan, komitmen ASEAN terhadap dasar persaingan menyuarakan isyarat yang jelas dan positif.
"Ini menunjukkan kepada dunia bahawa ASEAN bersedia untuk mendukung standard tertinggi tadbir urus, integriti perniagaan dan ketelusan," katanya pada majlis pemeteraian AFAC di luar Mesyuarat AEM ke-57 hari ini.
Beliau menerima dokumen AFAC daripada pengerusi rundingan Lolibeth Medrano dan kemudiannya menyerahkan dokumen itu kepada Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn semasa majlis memeterai perjanjian itu.
Tengku Zafrul menekankan bahawa AFAC mewujudkan asas kukuh bagi kerjasama dan pembangunan kapasiti dalam kalangan pihak berkuasa persaingan serantau, memastikan semua negara anggota ASEAN bersama-sama melangkah ke hadapan dan tidak ada pihak yang ketinggalan.
Beliau berkata menerusi pemeteraian AFAC, ASEAN memberikan komitmen teguh kepada rangka kerja serantau yang memastikan keadilan, ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam pasarannya.
"Pencapaian penting ini mencerminkan tahap komitmen tertinggi negara anggota ASEAN ke arah memperkukuh tadbir urus ekonomi.
"Apa yang lebih penting, AFAC merangkumi semangat kerjasama, konsensus dan daya tahan ASEAN, dan akan menjadi asas dalam memajukan sistem ekonomi berasaskan peraturan di seluruh rantau kita," katanya.
Rundingan bagi AFAC bermula pada September 2022 semasa Mesyuarat AEM ke-54 di Kemboja, yang bertujuan memudahkan kerjasama dan penyelarasan rentas sempadan mengenai dasar persaingan dan undang-undang dalam kalangan negara anggotanya.
-- BERNAMA