KUALA LUMPUR: Kempen Afeksi AIM 2021 menjadi platform kasih sayang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bersama ahlinya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahaya menjelaskan, ia sekali gus usaha menggembirakan keluarga Sahabat AIM selain mengeratkan lagi silatulrahim di antara pihak pengurusan dengan ahlinya.
"Untuk rekod, program yang dinamakan Bakul Kasih ini merupakan inisiatif AIM dalam membantu Sahabat di seluruh negara yang mengalami kesukaran dan kehilangan pendapatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19 sejak Mac tahun lalu.
"Sehingga kini, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 120,000 isi rumah dengan lebih 30,000 Sahabat sudah menerimanya yang meliputi beberapa negeri antaranya Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka, Kelantan dan Pahang.
"Selain Bantuan Bakul Kasih, AIM juga telah melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi AIM dan juga moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik dan bersasar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: Shabudin Yahaya dilantik Pengerusi AIM baharu
BACA: Bencana Gunung Jerai: AIM bantu 131 Sahabat mangsa banjir
Terdahulu, Shabudin menghulurkan sumbangan berupa bakul makanan asas kepada 1,450 Sahabat AIM dan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 kepada Sahabat AIM di sekitar Tasek Gelugor, Permatang Berangan; Sungai Dua dan Telok Air Tawar.
Bantuan mengandungi beras, gula, minyak masak, tepung, susu, bihun, sardin dalam tin dan lain-lain barangan keperluan harian.
Selain Shabudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, turut hadir Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz; Ketua Pegawai Perundangan AIM, Izwandy Che Jan; Ketua Pegawai Maklumat AIM, Mohd Zulkahizam Mohd Zuldin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Bagan, Nor Hafizah Othman.
Dalam pada itu kata Shabudin, AIM telah menyalurkan bantuan pinjaman sebanyak RM13,514,000 bagi Cawangan Butterworth sejak ia ditubuhkan.
Astro Awani
Sat Oct 02 2021
Kata Shabudin, AIM telah menyalurkan bantuan pinjaman sebanyak RM13,514,000 bagi Cawangan Butterworth sejak ia ditubuhkan. - Foto AIM
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.