SELEPAS tewas di tangan Laos pada penentuan juara Kumpulan B Piala AFF sebelum ini telah mengundang cemuhan segelintir peminat-peminat bola sepak Malaysia.
Namun itu tidak melemahkan semangat anak didik Hassan Sazali Waras sebaliknya mereka terus bangkit dan telah buktikan kemampuan mereka ketika menewaskan Vietnam U19 pada peringkat separuh akhir dengan jumlah jaringan yang besar. Ini juga telah menunjukkan kekuatan mental mereka apabila menghadapi tekanan daripada segelintir peminat.
Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain muda Harimau Malaya ini apabila berjaya membuktikan bahawa mereka boleh lakukan walaupun semua mengetahui bahawa Vietnam adalah sebuah pasukan yang baik dari segi teknikal dan fizikal mereka. Lihat bagaimana semangat berpasukan yang kuat dan keinginan yang tinggi untuk mencipta kemenangan dengan konsisten dipamerkan Harimau Muda ini. Dari minit pertama mereka terus bekerja dengan memberi tekanan pada lawan sehingga lawan sukar untuk mendominasi permainan.
Itulah intipati kejayaan skuad bawah 19 Malaysia setelah mereka menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan semasa pertandingan terutama daripada peminat-peminat sendiri. Keharmonian didalam pasukan juga banyak membantu skuad ini. Dimana mereka sentiasa bersatu dalam apa jua keadaan sekali pun itu boleh dilihat dari setiap aktiviti yang dilakukan melalui raut wajah dan pergerakkan badan mereka. Keceriaan ini perlu dikekalkan untuk memastikan mereka terus mengekalkan momentum sehingga perlawanan akhir nanti.
Kepada peminat-peminat teruslah mendukung pemain-pemain muda negara ini kerana mereka mempunyai bakat untuk terus mengangkat martabat bola sepak negara. Mereka ini memerlukan sokongan daripada peminat untuk terus meningkatkan kualiti kemampuan diri. Kita perlu yakin dengan anak-anak muda ini kerana mereka semua ini mempunyai teknikal individu yang baik. Begitu juga dengan pengurusan jurulatih, mereka juga memerlukan sokongan daripada peminat-peminat untuk memberi semangat kepada mereka untuk mencari idea dalam mencorakkan permainan nanti. Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihan untuk terus mencipta kejayaan di perlawanan akhir nanti.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Thu Jul 14 2022
Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain muda Harimau Malaya ini apabila berjaya membuktikan bahawa mereka boleh lakukan walaupun semua mengetahui bahawa Vietnam adalah sebuah pasukan yang baik.- Stadium Astro
Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api
Loji pengeluaran oksigen tunggal di Bandaraya Gaza berisiko ditutup dalam beberapa jam akibat kekurangan bahan api yang serius.
PBB desak orang awam di Gaza dilindungi
PBB menyeru semua pihak utamakan perlindungan orang awam ketika konflik Gaza, susulan pembebasan empat tebusan Israel yang mengorbankan 274 nyawa awam
Blinken gesa pemimpin Arab tekan Hamas terima gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa pemimpin Arab untuk menekan Hamas supaya menerima cadangan gencatan senjata yang digariskan oleh Presidennya, Joe Biden untuk menamatkan perang selama lapan bulan di Gaza.
Majlis Keselamatan PBB sokong pelan gencatan senjata
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menyokong cadangan yang digariskan oleh Presiden Joe Biden untuk gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Duta AS anjur sambutan Hari Kebangsaan, serlah hubungan erat dengan Malaysia
Duta AS ke Malaysia, Edgard D Kagan, menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan AS pertamanya di Malaysia, pada Isnin.
[TERKINI] Pesawat bawa Naib Presiden Malawi hilang
Sebuah pesawat yang membawa Naib Presiden Malawi Saulos Klaus Chilima dan sembilan yang lain telah hilang, kata jawatan presiden Malawi pada Isnin (10 Jun).
Menurut Pejabat Presiden dan Kabinet Malawi dalam satu kenyataan , setakat ini semua usaha pihak berkuasa penerbangan untuk berhubung dengan Pesawat sejak ia hilang dari radar telah gagal setakat ini.
Menurut Pejabat Presiden dan Kabinet Malawi dalam satu kenyataan , setakat ini semua usaha pihak berkuasa penerbangan untuk berhubung dengan Pesawat sejak ia hilang dari radar telah gagal setakat ini.
Hamas alu-alukan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB
Pasukan itu komited untuk melaksanakan "pengunduran sepenuhnya [pasukan Israel] dari Semenanjung Gaza, pertukaran tahanan, pembinaan semula Gaza."
Majlis Keselamatan PBB lulus rancangan gencatan senjata Israel-Gaza oleh AS
Resolusi tersebut diterima dengan 14 undi menyokong, tiada undi menentang dan satu undi berkecuali oleh Rusia.
Dunia berdiri di sebalik gencatan senjata, pembebasan tebusan di Gaza, kata AS kepada Israel
Setiausaha Negara AS tegaskan gencatan senjata dan pembebasan tebusan akan buka kemungkinan perdamaian di sepanjang sempadan utara Israel.
Peguam Mahmud Jumaat masih wakili ibu Zayn Rayyan, nafi dilantik NGO
Mahmud turut menafikan pelantikan beliau sebagai peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan sebelum ini atas inisiatif NGO.
Malaysia hidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2023
Kejayaan di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF) itu merupakan kemenangan sulung skuad muda negara.
AFF 2022: Kerjasama, disiplin faktor kejayaan skuad B-19 kebangsaan
Kerjasama dan disiplin merupakan dua elemen penting yang dimainkan dengan baik dalam perancangan untuk memastikan Malaysia menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda jumpa Vietnam di separuh akhir
Rekod tanpa kalah pasukan bawah 19 Tahun (B-19) negara dalam kempen Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) lebur selepas tewas 0-1 kepada Laos.
Dua perlawanan persahabatan uji kombinasi, keserasian pemain B-19
Perlawanan menentang pasukan Liger Super, Petaling Jaya FC dan pasukan Liga Premier, Selangor II akan menjadi platform tepat untuk menilai kombinasi dan keserasian pemain.
AFC B-19: KBS pantau situasi COVID-19 di Uzbekistan
KBS sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan atlet negara yang bertanding di luar negara.
Cheng Hoe tidak mahu pemain cedera pada pertemuan dengan Maldives
Beliau berkata persiapan skuad negara berjalan lancar kecuali penyerang muda sensasi Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang masih belum pulih dari kecederaan.
Mahathir ucap tahniah Malaysia juara AFF B-19
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun (B-19).
Mujur pemain B-19 negara selamat - Hamidin
Terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan.