MALAYSIA
AGC akan rayu keputusan mahkamah berhubung kes kehilangan Pastor Koh, Amri Che Mat
Pastor Raymond Koh (kiri) diculik pada 2017 manakala aktivis Amri Che Mat hilang pada 2016.
KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan dan polis membayar pampasan berjumlah lebih RM40 juta kepada keluarga aktivis Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh.
Dalam satu kenyataan berasingan hari ini, AGC memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti alasan penghakiman yang diberikan.
“Setelah meneliti keputusan dan alasan penghakiman, pihak Jabatan telah memutuskan untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan,” menurut kenyataan itu.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan serta pihak polis membayar pampasan sebanyak RM37 juta kepada keluarga Pastor Koh atas penglibatan pihak berkuasa dalam penculikannya.
Hakim Su Tiang Joo memutuskan bahawa seorang atau lebih defendan, melibatkan pegawai polis yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, terlibat dalam penculikan tersebut serta bertindak mengikut arahan lapan tahun lalu.
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan kerajaan dan polis membayar lebih RM3 juta kepada keluarga Amri Che Mat kerana kegagalan menjalankan siasatan sewajarnya berhubung kehilangan aktivis tersebut.
Pastor Koh diculik pada 13 Februari 2017 ketika memandu di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya, di mana lima lelaki berpakaian hitam dan bertopeng dilaporkan menariknya keluar dari kenderaan.
Sementara itu, Amri Che Mat yang merupakan pengasas NGO Perlis Hope, dilaporkan keluar dari rumahnya pada 24 November 2016 sekitar jam 11.30 malam. Kenderaannya ditemui keesokan harinya di sebuah tapak pembinaan berhampiran Sekolah Sukan Bukit Cabang, Perlis.
Kedua-dua kes pernah menjadi fokus siasatan awam dan perhatian kumpulan hak asasi, yang terus menuntut jawapan dan pertanggungjawaban pihak berkuasa.