MALAYSIA
AGC arah gali semula kubur pelatih PALAPES Syamsul Haris
Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kubur Syamsul digali semula selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun (gambar). - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggali semula kubur pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.
Ringkasan AI
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mohktar berkata penggalian semula itu dilakukan bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pegawai kadet berusia 22 tahun itu.
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan kepada PDRM hari ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa, memerintahkan kubur Syamsul Haris yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, Selangor, digali semula.
“Saya telah beri arahan kepada PDRM pagi ini (Rabu) untuk menyelaras dan membantu proses penggalian tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Ditanya mengenai kelewatan untuk mengeluarkan arahan tersebut dibandingkan kes Zara Qairina Mahathir, Mohd Dusuki menjelaskan, permohonan penggalian semula remaja perempuan itu dibuat Jabatan Peguam Negara.
“Sebaliknya, dalam kes ini (Syamsul Haris), keluarga Allahyarham yang memohon. Jadi prosesnya mengambil sedikit masa,” jelasnya.
Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kubur Syamsul digali semula.
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris iaitu Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.
Katanya, proses menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.
Sebelum ini, media melaporkan, Syamsul Haris meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu, selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, Semenyih pada keesokan harinya.
Ringkasan AI
- Arahan penggalian semula kubur Syamsul Haris dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara kepada PDRM bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas jenazah pegawai kadet PALAPES UTM yang meninggal dunia ketika latihan.
- Permohonan penggalian dibuat oleh keluarga Allahyarham, bukan Jabatan Peguam Negara seperti dalam kes lain, menyebabkan proses mengambil sedikit masa sebelum arahan rasmi dikeluarkan.
- Mahkamah Tinggi Shah Alam benarkan permohonan ibu Allahyarham, dengan penggalian dijadualkan berlaku dalam tempoh 14 hari untuk siasatan lanjut terhadap punca kematian yang berlaku selepas latihan di PULADA, Ulu Tiram.