MALAYSIA
AGC bantah semakan kehakiman batal prosiding inkues kematian Zara Qairina
Shamsul (tiga dari kiri) bersama pasukan peguam selepas selesai prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memohon kebenaran untuk semakan kehakiman bagi membatalkan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
Permohonan difailkan pada 21 November lalu oleh Presiden Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela), Datuk Seri Mohammad Jeffry Rosman, dengan alasan prosiding tidak dijalankan mengikut undang-undang inkues Sabah.
Permohonan tersebut menamakan Peguam Negara dan Mahkamah Sesyen Koroner sebagai responden pertama dan kedua.
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan membangkitkan bantahan atas alasan pemohon tidak mempunyai locus standi untuk mencabar inkues kerana beliau bukan pihak dalam prosiding berkenaan.
Setakat ini prosiding inkues sedang berjalan dan telah mendengar keterangan daripada 56 saksi sejak dimulakan pada 3 September lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Celestina Stuel Galid kemudian menetapkan 7 Januari depan bagi e-review, selain mengarahkan AGC memfailkan hujahan selewat-lewatnya pada 17 Disember, manakala pemohon perlu memfailkan jawapan pada 31 Disember.
Dalam prosiding sama, peguam Datuk Ram Singh bersama Joan Goh yang mewakili salah seorang remaja dalam kes buli Zara Qairina, serta peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina, memaklumkan mahkamah bahawa mereka akan memfailkan permohonan untuk diterima masuk sebagai pihak ketiga.
Sebelum itu, pemohon mendakwa inkues dijalankan mengikut Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), sedangkan, ia tidak terpakai bagi inkues di Sabah kerana negeri ini mempunyai undang-undang khusus, iaitu Ordinan Inkues 1959.
Beliau mendakwa kegagalan menerapkan Ordinan Inkues 1959 merupakan kesilapan bidang kuasa, perbuatan menyalahi undang-undang serta ketidakteraturan prosedur, sekali gus menjadikan prosiding inkues terbatal, tidak sah dan boleh diketepikan.
Mohammad Jeffry turut menegaskan bahawa undang-undang negeri itu masih sah dan mengandungi perlindungan khusus, termasuk peruntukan yang membolehkan Koroner memanggil juri dengan separuh ahlinya daripada kaum yang sama dengan si mati.
Beliau mendakwa perlindungan ini tidak dipertimbangkan semasa inkues Zara Qairina, menjadikan prosiding tersebut tidak teratur dari segi prosedur dan tidak selaras dengan kerangka perundangan Sabah.
NGO itu memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keseluruhan inkues, mengisytiharkan Ordinan 1959 sebagai undang-undang terpakai, serta mengesahkan hak-hak perlembagaan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
Bagaimanapun, NGO tersebut tidak hadir semasa sebutan permohonan semakan kehakiman berlangsung.
Sementara itu, hakim turut menegur peguam mewakili NGO tersebut, Jul Hamri Jumhani, susulan anak guamnya yang tidak hadir pada prosiding itu dan mengingatkan agar perkara ini diambil dengan serius. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- AGC membantah permohonan NGO untuk membatalkan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, disebabkan pemohon tidak mempunyai locus standi.
- Proses inkues sedang berlangsung dengan 56 saksi telah memberi keterangan; tarikh akhir hujahan dan jawapan ditetapkan pada Januari.
- NGO memohon agar inkues dibatalkan, Ordinan 1959 digunakan, dan hak-hak perlembagaan Sabah disahkan, walaupun tidak hadir semasa sebutan mahkamah.