awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im
MALAYSIA
Polis terima tujuh laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie
BISNES
Bursa Malaysia ditutup kukuh dipacu sentimen pasaran yang meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

AGC fail rayuan terhadap keputusan bebas Syed Saddiq

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
26/06/2025
08:14 MYT
Sponsor Banner
AGC fail rayuan terhadap keputusan bebas Syed Saddiq
AGC berkata rayuan ke Mahkamah Persekutuan dibuat bagi memastikan isu perundangan yang timbul dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad, sejajar dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus.
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan.

Ringkasan AI
  • Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan berkaitan dana Armada.
  • Rayuan ke Mahkamah Persekutuan bertujuan meneliti isu perundangan secara muktamad, selaras dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus.
  • Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram, menyebabkan sabitan terhadap Syed Saddiq diketepikan.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, semalam, yang sebulat suara membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengetepikan sabitan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan notis rayuan difailkan selepas meneliti keputusan mahkamah.
“Langkah ini adalah sebahagian daripada proses kehakiman yang membenarkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang lebih rendah. Ia juga tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.
AGC berkata rayuan ke Mahkamah Persekutuan dibuat bagi memastikan isu perundangan yang timbul dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad, sejajar dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus.
Semalam, Hakim Datuk Noorin Badaruddin ketika membacakan keputusan Mahkamah Rayuan berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah terhadap Syed Saddiq.
Katanya, tiada bukti kukuh dan boleh dipercayai bagi menyokong pertuduhan menyalahgunakan harta di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan pengubahan wang haram turut gagal dikekalkan.
Pada 9 November 2023, Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan.
Mahkamah memerintahkan hukuman pengubahan wang haram berjalan serentak.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Jabatan Peguam Negara
#Mahkamah Rayuan
#bebas dan lepas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami