MALAYSIA
AGC kekal pendirian tidak merayu isu 40 peratus hasil Sabah, fail rayuan alasan penghakiman
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Okt, memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil, dan akan meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah secepat mungkin.
Ringkasan AI
AGC memaklumkan pihaknya telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 13 Nov lepas, terhadap sebahagian daripada keputusan mahkamah berkenaan, khususnya membabitkan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
"Alasan Penghakiman berkenaan antara lain mendakwa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan.
"Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil dan akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin," menurut AGC dalam kenyataan hari ini.
Semalam di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah selepas mendapati wujud beberapa kekhilafan.
Beliau berkata berdasarkan pemahaman Kerajaan Persekutuan atas nasihat AGC, alasan penghakiman itu dibuat di luar bidang perundangan.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Okt lepas, memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.
Mahkamah turut mengarahkan semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan berhubung tuntutan pemberian khas 40 peratus hak Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah berkaitan hak perlembagaan negeri itu untuk menuntut 40 peratus daripada hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah pada kadar 40 peratus hasil, meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah.
- AGC memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung keputusan mahkamah yang mendakwa penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan melanggar kuasa Perlembagaan dengan tidak menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan, dan mengarahkan semakan serta persetujuan antara kedua-dua kerajaan.
AGC memaklumkan pihaknya telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 13 Nov lepas, terhadap sebahagian daripada keputusan mahkamah berkenaan, khususnya membabitkan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
"Alasan Penghakiman berkenaan antara lain mendakwa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan.
"Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil dan akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin," menurut AGC dalam kenyataan hari ini.
Semalam di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah selepas mendapati wujud beberapa kekhilafan.
Beliau berkata berdasarkan pemahaman Kerajaan Persekutuan atas nasihat AGC, alasan penghakiman itu dibuat di luar bidang perundangan.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Okt lepas, memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.
Mahkamah turut mengarahkan semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan berhubung tuntutan pemberian khas 40 peratus hak Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah berkaitan hak perlembagaan negeri itu untuk menuntut 40 peratus daripada hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
#40 peratus hasil Sabah
#Kerajaan Madani
#PRN Sabah 2025
#kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah