MALAYSIA

AGC keluarkan arahan terbaharu dalam siasatan kes murid maut di sekolah

Bernama 04/11/2025 | 09:40 MYT
Ketua Polis Negeri Datuk Alzafny Ahmad berkata terdapat arahan terbaharu yang perlu diambil tindakan, sebelum kertas siasatan dikembalikan semula kepada AGC. -Gambar fail
SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan menerima semula kertas siasatan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC), berhubung kes seorang murid tahun empat yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di tandas lelaki sebuah sekolah pada 1 Okt.


Ringkasan AI
  • Polis Negeri Sembilan menerima semula kertas siasatan daripada Pejabat Peguam Negara berhubung kes murid tahun empat yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di tandas sekolah.
  • Ketua Polis Negeri menyatakan arahan terbaharu perlu diambil sebelum kertas siasatan dikembalikan semula kepada AGC, meminta agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan proses siasatan.
  • Kementerian Pendidikan meminta agar siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kejadian murid yang meninggal dunia di sekolah Negeri Sembilan bagi menegakkan keadilan, sementara hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher.


Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Negeri Datuk Alzafny Ahmad berkata terdapat arahan terbaharu yang perlu diambil tindakan, sebelum kertas siasatan dikembalikan semula kepada AGC.

"Memandangkan kertas siasatan masih dalam proses dilengkapkan sepenuhnya, dimohon mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses siasatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Alzafny berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini siasatan, sebaik sahaja mendapat arahan daripada AGC.

Hari ini Kementerian Pendidikan (KPM) dilaporkan meminta agar semua elemen berkaitan kejadian yang menimpa seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, disiasat secara menyeluruh bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan oleh keluarga murid berkenaan berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang murid berusia 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sekolahnya di Senawang sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Polis Negeri Sembilan berhubung kes kematian seorang murid tahun empat di sebuah sekolah?
    A: Polis Negeri Sembilan menerima semula kertas siasatan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan perlu ambil arahan terbaharu sebelum mengembalikan kertas siasatan semula kepada AGC.
  • Q: Apakah perkembangan terkini yang akan dimaklumkan oleh pihak Polis Negeri Sembilan berkenaan siasatan kes tersebut?
    A: Pihak Polis Negeri Sembilan akan memaklumkan perkembangan terkini siasatan setelah menerima arahan daripada AGC.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung kejadian yang menimpa murid tahun empat di sekolah Negeri Sembilan?
    A: KPM meminta agar semua elemen berkaitan kejadian tersebut disiasat secara menyeluruh bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan memberi perhatian penuh kepada kenyataan keluarga mangsa.
  • Q: Apakah punca kematian murid berusia 10 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolahnya?
    A: Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher tanpa kecederaan lain pada tubuh mangsa.



#Jabatan Peguam Negara #Polis Negeri Sembilan #Peguam Negara #kertas siasatan