PETALING JAYA: Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan pemain pertahanan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali untuk menggugurkan dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan bekas kekasihnya di sebuah hotel, pada Jun tahun lalu.
Semasa sebutan kes di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal berkata, susulan perkembangan tersebut, arahan yang diterima ialah meneruskan pertuduhan terhadapnya.
"Penyata saksi pengadu akan diserahkan kepada pihak pembelaan tertuduh maka saya mohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk perbicaraan.
"Ini kerana, tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibuat sebelum ini," katanya.
Mendengar perkara itu, Zhafran berkata, disebabkan representasi ditolak, maka mahkamah menetap 1 Julai depan untuk perbicaraan.
Sementara itu, peguam, Mohamed Ashmeer Mohamed Ashrof yang mewakili bekas pemain skuad Harimau Malaya tidak membantah tarikh prosiding berkenaan.
Pada 19 Jun tahun lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan ketika itu sebagai kekasih di sebuah hotel, awal bulan itu.
Dia yang juga bekas pemain bola sepak Kebangsaan, didakwa memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 38 dan melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit mangsa sama, mencecah kerugian dianggarkan RM4,500 di sebuah bilik hotel di sini, pada jam 6 pagi, 7 Jun tahun sama.
Atlet profesional berusia 32 tahun yang beraksi dalam Liga Super itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara kes merosakkan telefon, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada pertengahan tahun lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pemain bola sepak tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes kecederaan yang dihadapi teman wanitanya, di sebuah hotel di sini.
Menurut pihak polis, laporan dibuat wanita terbabit pada jam 6 petang, dengan mendakwa berlaku perselisihan faham hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian badan selain telefon bimbitnya dirosakkan.
Pada 6 Februari lalu, Mohd Rizal yang juga anak kelahiran Baling, Kedah mengemukakan representasi kepada AGC, supaya menggugurkan semua pertuduhan terhadapnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Mohd Rizal (kiri) hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin, untuk sebutan dua kes merosakkan telefon bimbit dan mencederakan bekas kekasihnya di sebuah hotel, pada Jun tahun lalu.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Tolak panggilan Harimau Malaya, Rizal Ghazali dalam 'bahaya'?
FAM tidak menerima sebarang surat rasmi menyatakan sebab mengapa Rizal menolak pelawaan.