awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agen saraf VX: Pakar forensik pertahan punca kematian Jong Nam

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/10/2017
10:46 MYT
Agen saraf VX: Pakar forensik pertahan punca kematian Jong Nam
Pakar forensik pertahan punca kematian Jong Nam. - Gambar fail
Ketua Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood mempertahankan laporan bedah siasat yang dikeluarkan beliau terhadap mayat Kim Jong Nam.
Beliau yang merupakan saksi keenam itu menambah, rumusan laporan bedah siasat itu dibuat berdasarkan laporan ujian sampel yang dilakukan Jabatan Kimia.
Menurutnya, laporan itu juga amat penting kerana ia membuktikan penggunaan agen saraf VX terhadap Jong Nam.
"Berdasarkan beberapa kajian yang saya lakukan, ini adalah kes pertama agen saraf VX di negara ini.
"Malah, hasil kajian tersebut menyatakan bahawa agen VX merupakan agen-agen saraf yang paling berbahaya dan membunuh," ujarnya di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.
Kenyataan itu dibuat Dr Mohd Shah setelah dipersoal berkali-kali pasukan peguam bela yang melihat Dr Mohd Shah membuat rumusan bedah siasat di luar konteksnya.
Ketika sesi soal jawab dengan pasukan peguam bela, Dr Mohd Shah berkata tiada keperluan untuk pihaknya menggunakan kaedah kuantitatif dalam penentuan penggunaan agen saraf VX.
“Bagi kes ini, selepas mengenepikan punca-punca lain disebabkan penyakit atau kecederaan dan berdasarkan kepada laporan toksikologi daripada Jabatan Kimia menunjukkan tanda positif kehadiran agen saraf VX (Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methyl­phonothiolate),” katanya.
Katanya, keputusan yang dibuat oleh Jabatan Kimia sudah memadai dalam memperkukuhkan laporan bedah siasat yang dibuat beliau.
Topic Berkaitan
#agen VX
#Datuk Azmi Ariffin
#forensik
#Jabatan Kimia
#kim jong nam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan