Agenda AWANI malam ini, eksklusif bersama Ebit Lew dari Gaza

Astro Awani
Jun 30, 2021 06:07 MYT
Terbaharu Ebit Lew berkongsi yang dia sempat membeli barangan seperti makanan dan permainan kanak-kanak. - Foto Instagram @ebitlew
KUALA LUMPUR: Agenda AWANI 8.30 malam ini akan memaparkan kisah penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Gaza, Palestin untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
Siaran yang akan dihoskan pengacara Essan Yahya itu akan mendedahkan pengalaman Ebit Lew sepanjang usahanya memasuki Gaza, cabaran serta harapan yang dibawa sepanjang misinya.
Tentunya, ia akan memberi gambaran lebih jelas daripada sisi Ebit Lew sendiri yang selama ini dibaca daripada hantaran di Facebook peribadinya sahaja.
'Assalamualaikum Gaza' - Ebit Liew
Terbaharu Ebit Lew berkongsi yang dia sempat membeli barangan seperti makanan dan permainan kanak-kanak.
BACA: 'Dibom sampai tiga kali, hilang seorang demi seorang dalam hidup'- Ebit Liew
Ebit Lew yang kini dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin berlepas ke Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Pendakwah dan dermawan terkenal itu yang berjaya memasuki Gaza pada Selasa sebelum ini mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usai mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Menurut Ebit Lew, bantuan berupa barangan keperluan serta ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa buah lori dihantar terus ke hospital di Gaza untuk disalurkan kepada yang memerlukan.
#Facebook #Agenda Awani #Israel #Gaza #Palestin #pendakwah #Kanak-kanak #Ebit Lew