Malaysia sudah berjaya melahirkan ramai graduan dan golongan profesional, namun masih belum dapat untuk mengukuhkan perpaduan Ummah di negara ini.
"Kematangan dan kecemerlangan kita dalam bidang profesional belum dapat dimanfaatkan. Kita mungkin melahirkan ramai yang pandai namun kita masih mengharapkan ramai yang bijaksana yang dapat membuat pertimbangan dengan teliti," kata Ketua Pengarah Dewan Budaya dan Pustaka (DBP) Dr. Awang Sariyan.
Beliau ditemui ketika temuramah secara langsung dalam program Agenda Awani pada Isnin dengan topik 'Mengukuh Perpaduan Ummah.'
Ditanya oleh hos Kamarul Bahrin Haron tentang mengapa ramai yang mendefinasikan perpaduan dalam konteks yang sempit, Dr. Awang berkata ramai yang lebih berminat untuk berdiskusi tentang isu sensasi dan melihat aspek politik sebagai segala-galanya.
"Kekecohan yang berlaku lebih kepada perpaduan politik. Perlu ada satu keberanian dalam masyarakat untuk merubah struktur itu. Kita kata politik penting tetapi sebagai wasilah. Jangan kerana politik kita merosakkan perpaduan dari segi ekonomi dan pendidikan," tambah beliau.
Mengulas tentang soal ini, tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayub berkata pendidikan boleh memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan perpaduan ummah.
"Kerajaan mewujudkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025. Kita perlu ada tegasan. Dulu sekolah wawasan mungkin tidak berjaya. Mengapa tidak berjaya? Perlu ada tegasan dalam pelaksanaan yang boleh membawa perpaduan generasi muda. Kalau kita beralah kepada situasi tuntutan itu dan ini, saya rasa kita sendiri yang membuka ruang dan jurang yang lebih besar untuk generasi baru bersatu padu," kata beliau.
Arshad juga berkata bahawa generasi baru bukan sahaja perlu menjadi seorang graduan, namun perlu ada tokok tambah nilai ilmu, kepandaian, pengalaman dan bahasa, faktor amat penting bila berhadapan dunia globalisasi.
Tan Sri Arshad adalah antara anggota panel Majlis Titah DiRaja Wacana Perpaduan Ummah dan Forum Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka yang berlangsung hari ini.
Saksikan video untuk temuramah penuh program Agenda Awani.
Astro Awani
Tue Feb 19 2013
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Agenda Awani: Mengukuh Perpaduan Ummah
Agenda Awani mengupas tentang isu pengukuhan perpaduan Ummah sempena Majlis Titah DiRaja Wacana Perpaduan Ummah dan Forum Perpaduan Ummah.