KINABATANGAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agenda 'Membandarkan Luar Bandar' diperkasa dalam usaha memacu pembangunan sekali gus membasmi kemiskinan di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Mahdzir Khalid agar agenda berkenaan dapat dilaksanakan semula sebagai antara usaha untuk mengeluarkan kawasan luar bandar terutama di Sabah daripada kepompong kemiskinan.
"Selain projek dirancang oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi meningkatkan ekonomi penduduk, usaha membawa infrastruktur mencukupi di luar bandar juga amat penting.
"Ketika saya menjadi menteri luar bandar, saya (mengetengahkan) konsep 'Membandarkan Luar Bandar' bermaksud jika kita majukan luar bandar dengan infrastruktur mencukupi termasuk jalan raya, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi, industri pun akan dapat di bawa ke kawasan itu sekali gus dapat menyediakan peluang pekerjaan dan membantu merancakkan ekonomi penduduk," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.
Pada 2015, Ismail Sabri pernah melancarkan agenda 'Membandarkan Luar Bandar' ketika memegang portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebagai antara langkah mentransformasi luar bandar dan memastikan pembangunan kawasan itu berada pada landasan betul.
Ia antara lain memberi tumpuan kepada enam fokus utama merangkumi prasarana, pembangunan belia, ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian.
Ismail Sabri berkata pembangunan seimbang dengan infrastruktur asas lengkap di kawasan luar bandar berupaya menarik lebih ramai pelabur dan menyediakan peluang pekerjaan seterusnya mewujudkan 'penghijarah berbalik' terutama dalam kalangan belia.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan Persekutuan akan terus komited memberi tumpuan membasmi kemiskinan bukan hanya di Sabah tetapi juga di lima negeri lain iaitu Sarawak, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah selaras Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Dalam RMK12, kerajaan Persekutuan menyasar untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan hari ini. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.