MALAYSIA
Agenda tangani isu penuaan perlu pendekatan rentas kementerian, agensi - Nancy
Nancy berkata, kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang menggubal Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025- 2045 sebagai panduan menyeluruh bagi persediaan menghadapi cabaran penuaan negara. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Dasar yang diperlukan bagi menangani isu negara menua, tidak boleh disandarkan kepada satu kementerian semata-mata, tetapi perlu pendekatan merentasi kementerian dan agensi.
Ringkasan AI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, buat masa ini kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang menggubal Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025- 2045 sebagai panduan menyeluruh bagi persediaan menghadapi cabaran penuaan negara.
Beliau berkata, rangka itu Ia merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi yang berkaitan.
Bagi pihak kementeriannya, Nancy berkata, antara fokus adalah penyediaan ekosistem perkhidmatan penjagaan jangka panjang (Long-Term Care - LTC) yang cekap dan mampan.
“Contoh pelaksanaan reformasi dan proaktif seperti sistem kesihatan daripada merawat kepada sistem kesejahteraan sepanjang hayat, serta modul baru bagi pembiayaan.
“Selain itu pembaharuan sistem pelindungan sosial perlu diteliti di samping perkara dasar lain, impak kepada ekonomi secara makro seperti had umur persaraan. Agenda ini tak boleh pada kerajaan atau satu kementerian saja, tetapi memerlukan pendekatan whole of government.
“Jadi tidak dapat dinafikan memang permintaan kepada perkhidmatan penjagaan tinggi, tapi isu kemampuan mendapatkan perkhidmatan tersebut bukan hanya cabaran di Malaysia tapi juga di global. KPWKM akan terus berusaha mencari penyelesaian mampan. Ada pelbagai kementerian dengan kita, untuk pastikan dapat lahirkan sesuatu yang mampan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari, yang mahu mengetahui dasar dan persediaan kementerian bagi menghadapi masyarakat yang semakin menua (ageing society).
Dalam pada itu Nancy berkata, setelah melalui pelbagai sesi konsultasi serta kajian, termasuk Makmal Pembangunan bersama pihak-pihak berkepentingan, Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan kini dalam fasa akhir pembangunannya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, KPWKM juga merancang untuk melancarkan Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2026-2030 yang antaranya akan turut meliputi aspek keselamatan dan perlindungan, pembelajaran sepanjang hayat serta penglibatan dan kesepaduan antara generasi.
Ringkasan AI
- Kerajaan sedang menggubal Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 20252045 sebagai panduan menyeluruh, melibatkan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang yang perlu dilaksanakan merentasi kementerian dan agensi.
- KPWKM memberi tumpuan kepada penyediaan ekosistem penjagaan jangka panjang yang mampan, reformasi sistem kesihatan dan pembiayaan, serta pembaharuan pelindungan sosial termasuk isu umur persaraan.
- Pelan Tindakan Warga Emas Negara 20262030 sedang dirancang, merangkumi aspek keselamatan, pembelajaran sepanjang hayat dan kesepaduan antara generasi, hasil konsultasi dan kajian bersama pihak berkepentingan.